KUALA LUMPUR, 1 Oktober (Bernama) – Peningkatan masalah kesihatan mental terutama dalam kalangan kanak-kanak dan remaja di negara ini dilihat berada pada tahap membimbangkan apabila banyak kes berkaitan penyakit itu dilaporkan kebelakangan ini.
Menurut Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada 2015, kira-kira 29.2 peratus daripada 4.2 juta penduduk Malaysia berusia 16 tahun ke atas mengalami pelbagai penyakit kesihatan mental manakala tinjauan NHMS 2017 mendedahkan satu daripada lima remaja berasa tertekan; dua daripada lima berasa bimbang; 11.2 peratus mempunyai idea untuk bunuh diri dan 10.1 peratus cuba bunuh diri.
Menurut statistik dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pula, setiap tahun sebanyak satu juta orang membunuh diri bersamaan dengan satu kematian bagi setiap 40 saat dan diramalkan menjelang 2020, kadar membunuh diri akan meningkat pada satu kematian bagi setiap 20 saat.
Pakar Psikoterapi dan Kaunseling (Kemurungan dan Kebimbangan) Access Counselling Services, Dr Meriam Omar Din berkata kebanyakan masalah kesihatan mental yang semakin serius adalah berpunca dari rumah.
“Sebenarnya masalah kesihatan mental banyak berpunca dari dalam rumah apabila faktor persekitaran anak-anak mempunyai pengalaman pahit dialaminya sewaktu usia kecil (kanak-kanak) di rumah akan memberi kesan jangka panjang yang serius sehingga dewasa.
“Malah, sekiranya dicampur pula dengan sejarah keluarga (faktor genetik) yang mempunyai masalah kesihatan mental, ia akan membuatkan keadaan individu tersebut menjadi semakin sukar untuk dirawat,” katanya ketika dihubungi Bernama baru-baru ini.
Dr Meriam turut mengakui kemajuan teknologi dan perkembangan penggunaan media sosial pada masa kini turut menjadi antara penyumbang tertinggi kepada masalah kesihatan mental yang dialami oleh remaja dan kanak-kanak.
“Budaya buli siber antara salah satu faktor masalah ini semakin serius. Bukan hanya orang yang dibuli boleh menghadapi tekanan jiwa, tetapi orang yang suka membuli juga adalah petanda tingkah laku ganas yang ada kaitan dengan kesihatan mental.
“Hal seperti itu telah banyak terjadi kepada pesakit yang mengalami kemurungan dan sebagainya sehingga ada yang membunuh diri akibat tidak tahan dengan komen negatif diterima di laman sosial mereka sendiri,” ujarnya.
Beliau berkata masalah kesihatan mental boleh dirawat sekiranya setiap individu memainkan peranan dengan sentiasa peka terhadap keadaan pesakit (mangsa) dalam usaha mendapatkan rawatan awal.
Dr Aminah berkata seni juga amat penting bagi mempromosi aktiviti yang positif bukan hanya kepada kanak-kanak dan remaja yang bermasalah, tetapi ia sebagai langkah pencegahan awal agar emosi dan kesihatan mental mereka tidak terjejas.
#primercherangjb
#primercherangkb
#megaboutiqueclinic
#primercherangkb
#megaboutiqueclinic
No comments:
Post a Comment