Ramai yang beranggapan masalah kesihatan mental hanya merujuk kepada gila, hakikatnya kemurungan, depresi dan gangguan emosi juga merupakan antara penyakit mental yang boleh memudaratkan.
Simptom Depresi Kalangan Lelaki:
- Mood: kemarahan, keagresifan, kerengsaan, kebimbangan, keresahan
- Emosi: rasa kekosongan, sedih, putus harapan
- Kelakuan: hilang minat, tidak lagi berasa seronok dalam aktiviti kegemaran, mudah rasa letih, terfikir untuk bunuh diri, minum secara melampau, penggunaan dadah, melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti berisiko tinggi
- Seksual: nasfu seks menurun, kurang melakukan aktiviti seks
- Kognitif: ketidakupayaan untuk fokus, kesukaran menyiapkan tugasan, respon yang lambat ketika berbual
- Tidur: insomnia, gangguan ketika tidur, rasa mengantuk berlebihan, tidak dapat tidur malam
- Fizikal: keletihan, kesakitan, sakit kepala, masalah penghadaman
Simptom Depresi Kalangan Wanita:
- Mood: kerengsaan
- Emosi: rasa sedih atau kosong, cemas atau putus harapan
- Kelakuan: hilang minat dalam kegiatan yang dilakukan, menjauhkan diri, terfikir untuk bunuh diri
- Kognitif: berfikir atau bercakap lebih lambat
- Tidur: kesukaran tidur malam, terjaga awal, tidur terlalu lama
- Fizikal: tenaga berkurangan, keletihan melampau, perubahan selera makan, berat badan, sakit-sakit, sakit kepala, meningkatkan kekejangan
Simptom Depresi Kalangan Kanak-Kanak:
- Mood: kerengsaan, kemarahan, mood berubah, menangis
- Emosi: perasaan ketidak cekapan (contohnya; "Saya tidak boleh melakukan sesuatu yang betul") atau berputus asa, menangis, kesedihan melampau
- Kelakuan: mengalami masalah di sekolah atau tidak mahu ke sekolah, mengasingkan diri daripada rakan atau adik-beradik, fikirkan kematian atau bunuh diri
- Kognitif: kesukaran untuk fokus, kemerosotan prestasi pembelajaran, perubahan dalam gred
- Tidur: sukar tiduratau tidur terlalu lama
- Fizikal: kehilangan tenaga, masalah penghadaman, perubahan selera makan, kehilangan atau penambahan berat badan
Pesan InTrend: Ambil tahu untuk setiap perubahan yang berlaku pada orang yang kamu sayangi. Jika terdapat gejala ini, cuba dekati mereka. Cakap dengan baik, bersangka baik dan cuba bantu semampu yang kamu boleh. J
ika tidak mampu dilakukan secara perbualan depan-depan, kirimkan teks menerusi WhatsApp atau mesej ringkas. Jangan sesekali berasa putus-asa untuk membantu mereka kerana golongan seperti ini memang akan menjauhkan diri dan tidak mahu dibantu.
Jika kamu sudah cuba dan tida berdaya, lantik atau hubungi pakar untuk membantu. Jangan biar atau tinggalkan mereka begtiu saja, bertindak sebelum terlambat.
ika tidak mampu dilakukan secara perbualan depan-depan, kirimkan teks menerusi WhatsApp atau mesej ringkas. Jangan sesekali berasa putus-asa untuk membantu mereka kerana golongan seperti ini memang akan menjauhkan diri dan tidak mahu dibantu.
Jika kamu sudah cuba dan tida berdaya, lantik atau hubungi pakar untuk membantu. Jangan biar atau tinggalkan mereka begtiu saja, bertindak sebelum terlambat.
No comments:
Post a Comment