Monday, October 21, 2019
Ibu Bapa Perlu Peka Ini, 5 Kesalahan Pengambilan Ubat Pada Kanak-kanak.
1.Terlalu banyak makan ubat dalam satu masa.
Banyak ubat batuk yang mengandungi bahan aktif sama walaupun gejala yang dirawat adalah berbeza. Sebagai contoh, acetaminophen merupakan ubat demam yang ditemui dalam Tylenol.
Cara atasi: Pertimbangkan gejala sakit anak terlebih dahulu dan semak label ubat yang digunakan sama ada ia terbaik untuk simptom sakit anak atau sebaliknya. Jangan guna dua ubat sekaligus kecuali diarahkan oleh doktor.
2. Mengabaikan arahan doktor.
Doktor selalu kata, kalau sakit anak sudah pulih, anda boleh henti memberikan antibiotik pada anak. Tapi bakteria boleh datang semula jika anda tidak mengikut kadar rawatan yang betul.
Menurut Dr. Rainu Kaushal, Weill Cornell Medical College di New York City, sekiranya sakit muncul kembali, anak anda perlu makan antibiotik semula yang mungkin memberi kesan sampingan yang lebih teruk.
Cara atasi: Tanya ahli pediatrik tentang dos antibiotik anak yang lebih tepat.
3.Pemberian Ubat tidak berdaftar.
Ramai ibu bapa suka memberi ubat tidur ketika naik kapal terbang dan sesetengah kanak-kanak tidak tenang setelah mengambil ubat itu.
Penyelidik di Pusat Perubatan Universiti Georgetown mendapati, ubat tersebut tidak bantu untuk anak tidur tapi ia menyebabkan mereka lebih hiperaktif.
Cara atasi: Bawa banyak mainan yang menyeronokkan, makanan ringan yang sihat dan paling penting, sabar sepanjang perjalanan anda di sana.
4.Terlebih dos.
Kebiasaannya, sudu di rumah kita dua ke tiga kali ganda lebih besar yang boleh menyebabkan terlebih dos jika anda menggunakannya untuk suap ubat pada anak.
Menurut kajian International Journal of Clinical Practice dan New York University School of Medicine, 70% ibu bapa terlebih memberi jumlah dos ubat dan ia melebihi paras yang diperlukan kanak-kanak.
Cara atasi: Elakkan guna sudu teh tapi guna syringe atau penutup ubat mengikut ukuran mililiters (mL).
5.Tidak mengasingkan dos ubat mengikut berat dan umur
Keperluan ubat anak adalah berbeza dan bergantung pada berat serta umur mereka. Perbezaan ini sangat penting jika anak anda mengalami lebihan berat badan atau kurang berat untuk umurnya.
Cara atasi: Sentiasa berunding dengan pakar pediatrik sebelum memberikan ubat pada anak terutama jika berat badan anak berlebihan atau berkurangan daripada apa yang telah ditetapkan mengikut kategori umur yang sesuai pada label ubat.
Sumber: Parents.com
#pimercherangkb
#primercherangclinicjb
#megaboutiqueclinic
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment