Sebenarnya, membuat pemeriksaan berkala dapat mengesan kanser payudara pada peringkat awal dan mudah untuk merawatnya. Jadi sebab itu anda wajib melakukan pemeriksaan berkala untuk mengelak kanser ini.
Kanser payudara hampir selalu terjadi pada wanita, tetapi lelaki juga boleh mendapat kanser ini. Sel di setiap bahagian badan boleh menjadi kanser dan merebak ke kawasan lain.
1) Benjolan di sekitar payudara
Tanda paling awal adalah benjolan atau ketulan di sekitar kawasan payudara. Tapi, ada juga sesetengah wanita mempunyai ketulan ini dan ia bukan kanser.
Sekiranya anda jumpa benjolan di sekitar payudara, segera berjumpa dengan doktor anda.
Tanda (mungkin) bukan kanser
- Benjolan hilang selepas haid
- Benjolan lembut
- Ada beberapa benjolan di payudara
- Terdapat benjolan di kedua-dua payudara
Tanda (mungkin) kanser
- Benjolan keras pada payudara atau bawah ketiak
- Benjolan hanya ada satu
- Kulit payudara mengecut
- Keluar cairan dari benjolan
- Hanya ada pada satu payudara
2) Cecair keluar dari payudara
Jika cecair yang keluar berwarna jernih dan tidak cair, ini bermakna kanser masih di peringkat awal dan masih boleh dirawat.
Jika cecair yang keluar dari payudara berwarna merah atau coklat seperti darah, ini bermakna kanser sudah di tahap bahaya dan anda perlu mendapat rawatan dengan segera.
3) Kulit payudara menjadi merah
Perbezaan warna pada kulit payudara seperti merah atau gelap pada satu kawasan juga jangan diambil ringan. Perhatikan tanda-tanda jika ahagian ini disentuh, ia akan terasa hangat.
4) Gatal pada bahagian puting.
Apabila anda terasa gatal pada bahagian puting, ia mungkin merupakan tanda kanser. Selain itu, kulit di sekitar payudara akan mengelupas dan sakit.
5) Saiz payudara menjadi besar atau kecil tanpa sebab
Biasanya perubahan pada saiz payudara terjadi semasa anda remaja menginjak ke dewasa. Tapi jika perubahan saiz berlaku secara tiba-tiba tanpa sebab, ia mungkin tanda kanser.
6) Sakit berpanjangan di payudara\
Tapi jika sakit tersebut berterusan dan tidak hilang serta saiz payudara menjadi besar, anda dinasihatkan untuk tidak meletakkan minyak untuk meredakan sakit, tidak menyentuh bahagian yang sakit dan segera berjumpa doktor.
7) Puting masuk ke dalam.
Jika payudara anda menunjukkan perubahan yang ganjil seperti putimasuk ke dalam, anda harus segera berjumpa dengan doktor untung k pemeriksaan lanjut.
8) Kedutan di sekitar payudara
Apabila anda semakin berumur, kulit anda akan berkedut termasuk di bahagian payudara. Tapi jika anda masih muda dan mempunyai kedutan di bahagian payudara, ini mungkin tanda anda menghidap kanser payudara.
Kanser biasanya mengambil masa 15-20 tahun untuk terjadi tapi ada juga yang kurang daripada ini. Anda dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan berkala pada payudara anda.
Kongsi maklumat ini kepada keluarga dan rakan-rakan untuk mencegah kanser payudara pada peringkat awal.
#primercherangkb
#primercherangclinicjb
#megaboutiqueclinic
#primercherangkb
#primercherangclinicjb
#megaboutiqueclinic
No comments:
Post a Comment