Saturday, October 12, 2019

Apakah Punca Dan Penyebab Keracunan Makanan? Rawatlah Keracunan Makanan



 Tanda-tanda keracunan makanan.

Tanda dan gejala keracunan makanan adalah berbeza antara pesakit, bergantung pada agen penyebab keracunan, jumlah dan jenis bakteria, virus atau toksin, umur dan status sistem pertahanan badan seseorang. Antara tanda atau gejala keracunan makanan yang biasa adalah.

-Loya
-Muntah
-Cirit-birit
-Demam
-Sakit perut

Pesakit dinasihatkan berjumpa doktor jika mengalami gejala keracunan makanan terutama kanak-kanak agar tidak terjadinya lebih teuk lagi.Kuman yang berbeza mempunyai tempoh inkubasi, tanda dan rawatan yang berbeza. Oleh itu, ada kala sampel darah atau najis pesakit diambil untuk pemeriksaan lanjut supaya rawatan yang sesuai dapat diberikan berdasarkan diagnosis sebenar.


Penyebab

Kebanyakan kes keracunan makanan membabitkan pengambilan makanan basi atau tercemar kuman (bakteria, virus atau parasit). Antara kuman yang boleh menyebabkan keracunan makanan adalah Salmonella, Staphylococcus aureus dan Vibrio parahaemolyticus.

Kuman boleh disebar melalui bahan pencemar (kencing, najis atau sumber air yang tercemar), vektor (binatang seperti lalat, lipas, tikus atau haiwan peliharaan) atau pembawa kuman. Dalam sesetengah keadaan, kes keracunan makanan juga boleh disebabkan logam berat, racun rumpai, racun serangga, hasil laut atau tumbuhan beracun.

Rawatan.

Keracunan makanan selalu dikaitkan dengan gejala cirit-birit dan muntah yang boleh menyebabkan badan kehilangan air (dehidrasi).

Ada beberapa jenis ubat lain yang boleh digunakan dalam rawatan cirit-birit untuk orang dewasa seperti diphenoxylate+atropine dan loperamide.

Masyarakat perlu mengetahui bahawa kesesuaian penggunaan ubat-ubatan tertentu bergantung pada keadaan pesakit selepas pemeriksaan doktor atau atas nasihat ahli farmasi.

Selain itu, jenis dan dos ubat yang diberikan kepada kanak-kanak juga berbeza bergantung pada umur, berat badan dan keadaan pesakit.

Bagi sesetengah kes keracunan makanan yang disebabkan jangkitan bakteria, ubat antibiotik seperti ciprofloxacin, co-trimoxazole dan azithromycin mungkin diberikan selepas pemeriksaan doktor.

Langkah Pencengahan.

-Pastikan basuh tangan dengan bersih sebelum mula menyediakan makanan.

-Gunakan peralatan berbeza seperti pisau dan papan pemotong untuk makanan masak, daging mentah dan sayur-sayuran supaya pencemaran silang tidak berlaku.

-Pastikan telur, daging dan makanan laut dimasak sepenuhnya. Makanan dimakan mentah pula (ulam dan salad) mesti dibersihkan sebelum dihidang.

-Makanan perlu ditutup rapi supaya tidak terdedah kepada lalat, lipas dan tikus

-Elakkan daripada meninggalkan makanan masak pada suhu bilik melebihi empat jam.

-Jika makan di luar, pilih gerai atau restoran yang bersih.

#primercherangclinicjb
#primercherangkb
#megaboutiqueclinic


No comments:

Post a Comment