Wednesday, October 30, 2019

Bahaya Ataupun Tidak Bagi Perokok Kedua??


Wanita dan kanak-kanak antara golongan paling ramai menderita diserang penyakit bahaya kesan daripada pencemaran asap rokok daripada perokok tegar sekitar mereka.

Laporan kesihatan mendapati pencemaran asap rokok antara penyebab utama 80 peratus risiko serangan penyakit bahaya membabitkan golongan berkenaan.

Pegawai Perubatan Klinik kesihatan berhenti merokok Tanglin, Dr Takdir Singh berkata walaupun kedua-dua golongan ini bukan perokok,namun terdedah asap rokok terutama daripada perokok dalam kalangan ahli keluarga.


Pendedahan sedemikian kata beliau, memberikan kesan tidak baik kepada kesihatan terutama kanak-kanak dan wanita.

Mereka mendapat nikotin dan bahan kimia bertoksik dengan cara sama seperti perokok.

"Perokok pasif iaitu orang yang tidak merokok, tetapi menghidu asap rokok orang lain mendapat musibah hingga menjejaskan kesihatan.

"Bayi dan kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok berisiko mendapat penyakit jangkitan telinga, lelah, jangkitan paru-paru dan bagi wanita pula boleh melemahkan kandungan.


Risiko penyakit bahaya

"Laporan mendapati walaupun wanita tidak merokok, tetapi jika seorang daripada ahli keluarga mereka masih mengamalkan tabiat itu, risiko mereka sekeluarga diserang penyakit bahaya tinggi.

"Masalah paling ketara kelahiran bayi pramatang disebabkan pendedahan asap rokok oleh ibu sepanjang tempoh kehamilan daripada bapa atau ahli keluarga lain yang merokok," katanya.

Beliau berkata demikian pada program Hari Tanpa Tembakau Sedunia, di sini, baru-baru ini. Sempena hari berkenaan, Pusat Perubatan Prince Court menganjurkan program Bebas Puntung Rokok WEWE yang menggalakkan perokok mengikuti aktiviti khusus untuk berhenti merokok.

Beliau berkata, inisiatif itu diharapkan supaya lebih ramai perokok mengambil bahagian memandangkan setakat ini kesedaran individu hendak berhenti merokok meningkat kira-kira 30 peratus.

Sekurang-kurangnya beliau berkata, tiga perokok didaftarkan setiap bulan dan purata tujuh perokok berhasrat membuang tabiat berkenaan mendaftarkan diri setiap klinik kesihatan di negara ini.

Pelbagaikan aktiviti kesedaran

"Program kesedaran berhenti merokok seharusnya dilakukan dengan lebih giat dan mempelbagaikan aktiviti bagi menggalakkan lebih ramai melakukannya," katanya.

Kata Dr Takdir, sokongan dan bimbingan keluarga dapat menguatkan semangat perokok untuk berhenti.

"Anda juga boleh mendapatkan sokongan daripada forum dalam talian yang turut disertai oleh orang lain yang berhasrat berhenti merokok.

"Cuba lebih terbuka berkongsi pengalaman dengan individu yang sudah berhenti merokok selain menyertai teman turut mempunyai usaha sama dengan anda," katanya.

#primercherangkb
#primercherangclinicjb
#megab

Thursday, October 24, 2019

Tidak Ada Bukti Vape Selamat Untuk Rawat Ketagih Merokok-KKM



Tidak ada bukti atau kajian menunjukkan bahawa pengguna vappe dan rokok eletronik adalah selamat digunakan bagi merawat ketagih merokok tegas kementerian kesihatan (KKM)


Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata pihaknya juga tidak menerima sebarang maklumat bahawa cecair rokok elektronik itu selamat dan tidak memberi kesan jangka masa panjang kepada paru-paru.

“Kita faham industri vape ini penting kerana ia beri peluang pekerjaan kepada remaja. Tetapi kita mesti seimbangkan dari segi ekonomi dan impak kepada kesihatan.

“Kalau dilihat pada data sedia ada, kemungkinan vape ini tidak selamat seperti mana didakwa boleh digunakan sebagai ganti kepada rokok. Tetapi setakat ini, tidak ada bukti bahawa vape adalah berkesan untuk ganti rokok,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini


“Pelbagai agensi serta pihak berkaitan termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) digerakkan di bawah Jawatankuasa Kerja Pakar Bagi Memperkukuhkan Kawalan Rokok Elektronik.

“MCMC boleh melakukan sekatan ke atas laman web yang menjual cecair rokok elektronik yang mengandungi nikotin apabila terdapat permohonan oleh pegawai KKM yang diberi kuasa di bawah Akta Racun 1952,” katanya.

Dr Lee turut mendedahkan seramai 300,000 pelajar berusia antara 10 hingga 19 tahun merupakan pengguna vape semasa di negara ini dan data itu diperoleh menerusi ‘Kaji selidik terhadap tembakau dan e-rokok di kalangan orang dewasa di Malaysia’ yang dijalankan ke atas pelajar di sekolah awam dan swasta baru-baru ini.

Sumber — BERNAMA DAN KKM

#primercherangkb
#primercherangclinicjb
#megaboutiqueclinic




Wednesday, October 23, 2019

Anak Kerap Batuk, Perlu Atau Tidak Vaksin Pneumococcal Pada Anak??



Untuk pengetahuan ibu bapa, suntikan vaksin Pneumococal merupakan sejenis imunisasi yang boleh diberikan kepada kanak-kanak sebagai langkah awal untuk mencegah daripada jangkitan kuman di paru-paru yang dikenali sebagai penyakit Pneumonia.

Bagaimana vaksin pneumokcocal bertindak?

Streptococcus pneumoniae boleh merebak dengan mudah melalui permukaan yang tercemar dan dari individu ke individu apabila terdapat hubungan secara langsung atau melalui titisan daripada bersin atau batuk dari orang yang dijangkiti. Bukan semua individu yang terdedah kepada bakteria tersebut akan dijangkiti. Sesetengah individu membawa Streptococcus pneumoniae (biasanya dalam hidung dan tekak) tanpa menunjukkan sebarang tanda-tanda penyakit itu sendiri tetapi boleh menyebarkannya kepada individu yang tidak dijangkiti . Kanak-kanak adalah lebih mudah terdedah kepada jangkitan tersebut.

Batuk Berpanjangan.

Sekiranya anak anda mengalami simptom awal jangkitan pada paru-paru seperti demam panas, batuk dengan atau tanpa kahak, sakit dada, tiada selera makan, rasa tidak sihat dan sering merengek, pernafasan laju atau susah nafas,muntah atau cirit birit, segeralah bawa anak anda berjumpa dengan doktor.

Kebiasannya, anak yang dijaga oleh pengasuh di taska sangat berisikountuk mendapat penyakit ini. Ini adalah kerana persekitaran taska yang tidak dijamin bersih serta perkongsian bekas makanan dan minuman menyebabkan penyakit ini mudah disebarkan kepada anak-anak lain.

Sekiranya mendapati anak anda juga mengalami batuk yang berpanjangan selama tiga hari, keadaan badan yang lesu,mengalami muntah,nafas berbunyi dan dehidrasi,bawalah segera anak anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.Untuk membezakan batuk biasa dan batuk Pneumonia,bunyi batuk biasa 'tidak dalam' berbanding batuk akibat Pneumonia yang berbunyi agak 'dalam' dan ianya kerap terjadi pada waktu malam sehingga ke pagi.



Bagaimana vaksin dianggap selamat sekiranya dihasilkan daripada bakteria?

Vaksin dibuat sama ada daripada sebahagian atau seluruh bakteria yang telah dimatikan atau dilemahkan. Oleh kerana ia mengandungi bentuk bakteria yang tidak aktif, maka ia tidak akan dapat menyebabkan penyakit.

Vaksin pneumokokal yang terdapat di Malaysia

Sehingga kini terdapat dua jenis vaksin pneumokokal : vaksin polisakarida pneumokokal dan vaksin konjugat pneumokokal. Vaksin ini memberi perlindungan terhadap strain Streptococcus pneumoniae yang terkandung didalamnya yang merupakan strain-strain yang paling penting dan yang paling mungkin menyebabkan penyakit yang serius.


Pelalian bagi golongan dewasa dan kanak-kanak adalah mengikut jadual yang disyorkan untuk kumpulan umur mereka. Seperti dengan vaksin lain, adalah penting untuk sedar bahawa vaksin pneumokokal in tidak akan melindungi semua individu yang menerima vaksin ini secara keseluruhannya. Ini adalah kerana imunisasi dengan vaksin ini hanya menawarkan pencegahan terhadap penyakit pneumokokal yang disebabkan oleh strain Streptococcus pneumoniae ( serotaip ) yang terkandung dalam vaksin tersebut.

Sumber: Myhealth Kementerian kesihatan dan momma.

#primercherangjb
#primercherangkb
#megaboutiqueclinic

Monday, October 21, 2019

Ibu Bapa Perlu Peka Ini, 5 Kesalahan Pengambilan Ubat Pada Kanak-kanak.



1.Terlalu banyak makan ubat dalam satu masa.

Banyak ubat batuk yang mengandungi bahan aktif sama walaupun gejala yang dirawat adalah berbeza. Sebagai contoh, acetaminophen merupakan ubat demam yang ditemui dalam Tylenol.



Cara atasi: Pertimbangkan gejala sakit anak terlebih dahulu dan semak label ubat yang digunakan sama ada ia terbaik untuk simptom sakit anak atau sebaliknya. Jangan guna dua ubat sekaligus kecuali diarahkan oleh doktor.

2. Mengabaikan arahan doktor.

Doktor selalu kata, kalau sakit anak sudah pulih, anda boleh henti memberikan antibiotik pada anak. Tapi bakteria boleh datang semula jika anda tidak mengikut kadar rawatan yang betul.

Menurut Dr. Rainu Kaushal, Weill Cornell Medical College di New York City, sekiranya sakit muncul kembali, anak anda perlu makan antibiotik semula yang mungkin memberi kesan sampingan yang lebih teruk.

Cara atasi: Tanya ahli pediatrik tentang dos antibiotik anak yang lebih tepat.

3.Pemberian Ubat tidak berdaftar.

Ramai ibu bapa suka memberi ubat tidur ketika naik kapal terbang dan sesetengah kanak-kanak tidak tenang setelah mengambil ubat itu.


Penyelidik di Pusat Perubatan Universiti Georgetown mendapati, ubat tersebut tidak bantu untuk anak tidur tapi ia menyebabkan mereka lebih hiperaktif.

Cara atasi: Bawa banyak mainan yang menyeronokkan, makanan ringan yang sihat dan paling penting, sabar sepanjang perjalanan anda di sana.

4.Terlebih dos.

Kebiasaannya, sudu di rumah kita dua ke tiga kali ganda lebih besar yang boleh menyebabkan terlebih dos jika anda menggunakannya untuk suap ubat pada anak.

Menurut kajian International Journal of Clinical Practice dan New York University School of Medicine, 70% ibu bapa terlebih memberi jumlah dos ubat dan ia melebihi paras yang diperlukan kanak-kanak.

Cara atasi: Elakkan guna sudu teh tapi guna syringe atau penutup ubat mengikut ukuran mililiters (mL).

5.Tidak mengasingkan dos ubat mengikut berat dan umur

Keperluan ubat anak adalah berbeza dan bergantung pada berat serta umur mereka. Perbezaan ini sangat penting jika anak anda mengalami lebihan berat badan atau kurang berat untuk umurnya.

Cara atasi: Sentiasa berunding dengan pakar pediatrik sebelum memberikan ubat pada anak terutama jika berat badan anak berlebihan atau berkurangan daripada apa yang telah ditetapkan mengikut kategori umur yang sesuai pada label ubat.

Sumber: Parents.com

#pimercherangkb
#primercherangclinicjb
#megaboutiqueclinic

Nak Anak Makan Ubat Tanpa Perlu Paksa Dan 'Berperang' Satu Rumah, Ini Tips Doktor Sarankan.


Siapa kata senang nak bagi anak makan ubat?

Tak padan dengan kecil tapi tenaga macam orang besar. Silap hari bulan, digigitnya tangan kita yang sedang nak suapkan ubat.Lagi teruk, dah puas ‘berperang’ nak masukkan ubat, tiba-tiba dimuntahkannya balik.

Bila anak tak sihat, ibu bapa terus dalam dilema. Bukan apa apabila sebuut je kena makan ubat, reaksi pertama anak ada yang terus menangis seperti kena pukul, tutup mulut rapat  dan  macam-macam drama lagi.

Bagi ibu bapa yang nak tahu macam mana nak bagi anak makan ubat dengan mudah boleh cuba tipps yang dikongsikan oleh doktor ini.

Memang mencabar!

1) Beri dalam keadaan duduk,bukan berbaing. Ini dapat elakkan risiko tersedak dan supaya anak mudah telan. Kita pun susah telan air sambil baringkan.

2)Pakai picagari yang sesuai. Plastik dan tidak besar sangat. Kalau ada mucung lebih baik (oral syringe).

3) Buat dalam suasana yang anak selesa. Jangan takut-takutkan anak dengan ubat. Ini macam satu rumah nak berperang waktu nak bagi ubat ehehe. Kesian anak pun takut.

4) Kalau boleh beri dia pegang sendiri.Biar dia rasa sendiri ubat itu.

5)Buka mulut anak dengan menarik dagu ke bawah. Elakkan picit kedua-dua pippi, sakit.

6) Reward Anak Bila dia dapat makan ubat. Tepuk tangan,puji-puji dia sikit. Peluk dia lepas habis makan dan ucap terima kasih.Jika kita teruskan begini setiap kali makan ubat,Anak anak kurang rasa trauma nak makan ubat.

7) Kebanyakan ubat sekarang ada pelbagai flavor dan lebih sedap. Jika anak susah nak makan juga,siapp-siap air yang anakk suka kat sebelah. Air ribena ke,susu ke.Suap ubat sikit,terus suap air ribena.

8) Ataupun boleh campurkan ubat dengan bahan yang manis untuk kurangkan rasa tak sedap,madu,sirap dan sebagainya.Boleh bagi makan benda manis yang anak suka dulu contoh bagi madu sikitlepastu bagi ubat supaya kurangkan rasa pahit dalam mulut.

9)Jika anak yang betul--betul susah dan meragam bila makan ubat,Minta bantuan orang lain untuk pegangkan anak.

10)Bincang dengan doktor jika anak sangat susah untuk makan ubat, supaya doktorboleh bantu dengan memberi ubat yang kurang kerap dan ubat yang perlu sahaja.


JADIKAN WAKTU ANAK MAKAN UBAT…

….satu pengalaman yang seronok bagi mereka.

Elak memberi tekanan kerana sekali mereka takut makan ubat, mereka akan beri tindak balas negatif menjadikan sukar untuk memberi ubat.

Ubah suasana agar anak sendiri yang minta diberi makan ubat.

#primercherangkb
#primercherangjb
#megaboutiqueclinic

Saturday, October 19, 2019

Ketika Bersukan Dan Musim Panas Yang Mana Lebih Baik, Air Isotonik Atau Air Kosong???

Biasa dengar air isotonik tak? Pasti biasa kerana banyak jual di pasaran seperti air 100 plus dan Revive.
Kita sedia maklum yang air isotonik sangat sesuai untuk orang aktif, dan bantu untuk kurangkan rasa haus. Orang yang aktif dan suka bersukan memang suka air isotonik.
Air isotonik ni adlah sejenis Sport Drink atau air untuk ahli sukan.
1: Air Masak Lebih Mudah Dikumuhkan Menjadi Air Kencing
Kadar kehilangan air dalam badan bergantung kepada 2 faktor:
1) Berapa cepat ia diserap dalam usus
2) Berapa cepat ia dikumuhkan dari perut.
Air Isotonik mengandungi 2 kandungan ini.
1) Kandungan karbohidrat 
2) Elektrolit.
Air masak boleh mempercepatkan kadar ia dikumuhkan menjadi air kencing berbanding air isotonik.
2: Air isotonik boleh tambah tenaga.
Bila kita bersenam pada kadar yang lama,kandungan karbohidrat akan berkurang dan paras gula akan turun.Badan kita simpan 'fuel'/tenaga sebagai karbohidrat dalam otot.Pentingnya paras gula ini masa bersenam sebab ia bantu kkurangkan keletihan dan kekalkan stamina.
3: Air isotonik dan Elektrolit.
Elektrolit banyak fungsi kat badan terutamanya untuk pergerakan otot dan saraf.Salah satu kandungan dalam air isotonik adalah sodium.Sodium penting untuk bantu tambah semula kehilangan elektrolit dalam badan.
#primercherangkb

8 Tanda Awal Kanser Payudara Yang Ramai Wanita Abaikan



Ramai wanita memilih untuk tidak ambil tahu tentang tanda- tanda awal kanser payudara kerana terlalu takut untuk mengetahui risiko atau kebenaran jika mereka benar-benar telah terkena kanser.
Sebenarnya, membuat pemeriksaan berkala dapat mengesan kanser payudara pada peringkat awal dan mudah untuk merawatnya. Jadi sebab itu anda wajib melakukan pemeriksaan berkala untuk mengelak kanser ini.
Kanser payudara hampir selalu terjadi pada wanita, tetapi lelaki juga boleh mendapat kanser ini. Sel di setiap bahagian badan boleh menjadi kanser dan merebak ke kawasan lain.
1) Benjolan di sekitar payudara

Tanda paling awal adalah benjolan atau ketulan di sekitar kawasan payudara. Tapi, ada juga sesetengah wanita mempunyai ketulan ini dan ia bukan kanser.
Sekiranya anda jumpa benjolan di sekitar payudara, segera berjumpa dengan doktor anda.
Tanda (mungkin) bukan kanser
    • Benjolan hilang selepas haid
    • Benjolan lembut
    • Ada beberapa benjolan di payudara
    • Terdapat benjolan di kedua-dua payudara
Tanda (mungkin) kanser
    • Benjolan keras pada payudara atau bawah ketiak
    • Benjolan hanya ada satu
    • Kulit payudara mengecut
    • Keluar cairan dari benjolan
    • Hanya ada pada satu payudara
2) Cecair keluar dari payudara
Jika cecair yang keluar berwarna jernih dan tidak cair, ini bermakna kanser masih di peringkat awal dan masih boleh dirawat.
Jika cecair yang keluar dari payudara berwarna merah atau coklat seperti darah, ini bermakna kanser sudah di tahap bahaya dan anda perlu mendapat rawatan dengan segera.
3) Kulit payudara menjadi merah
Perbezaan warna pada kulit payudara seperti merah atau gelap pada satu kawasan juga jangan diambil ringan. Perhatikan tanda-tanda jika ahagian ini disentuh, ia akan terasa hangat.


4) Gatal pada bahagian puting.
Apabila anda terasa gatal pada bahagian puting, ia mungkin merupakan tanda kanser. Selain itu, kulit di sekitar payudara akan mengelupas dan sakit.
5) Saiz payudara menjadi besar atau kecil tanpa sebab

Biasanya perubahan pada saiz payudara terjadi semasa anda remaja menginjak ke dewasa. Tapi jika perubahan saiz berlaku secara tiba-tiba tanpa sebab, ia mungkin tanda kanser.
6) Sakit berpanjangan di payudara\
Tapi jika sakit tersebut berterusan dan tidak hilang serta saiz payudara menjadi besar, anda dinasihatkan untuk tidak meletakkan minyak untuk meredakan sakit, tidak menyentuh bahagian yang sakit dan segera berjumpa doktor.
7) Puting masuk ke dalam.
Jika payudara anda menunjukkan perubahan yang ganjil seperti putimasuk ke dalam, anda harus segera berjumpa dengan doktor untung k pemeriksaan lanjut.
8) Kedutan di sekitar payudara
Apabila anda semakin berumur, kulit anda akan berkedut termasuk di bahagian payudara. Tapi jika anda masih muda dan mempunyai kedutan di bahagian payudara, ini mungkin tanda anda menghidap kanser payudara.
Kanser biasanya mengambil masa 15-20 tahun untuk terjadi tapi ada juga yang kurang daripada ini. Anda dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan berkala pada payudara anda.
Kongsi maklumat ini kepada keluarga dan rakan-rakan untuk mencegah kanser payudara pada peringkat awal.

#primercherangkb
#primercherangclinicjb
#megaboutiqueclinic










Wednesday, October 16, 2019

Menakutkan! Ini Rupanya Simptom Depression, Tekanan Melampau Punca Ramai Bintang K-pop Jadi Mangsa.



Ramai yang beranggapan masalah kesihatan mental hanya merujuk kepada gila, hakikatnya kemurungan, depresi dan gangguan emosi juga merupakan antara penyakit mental yang boleh memudaratkan.

Simptom Depresi Kalangan Lelaki: 
  • Mood: kemarahan, keagresifan, kerengsaan, kebimbangan, keresahan 
  • Emosi: rasa kekosongan, sedih, putus harapan 
  • Kelakuan: hilang minat, tidak lagi berasa seronok dalam aktiviti kegemaran, mudah rasa letih, terfikir untuk bunuh diri, minum secara melampau, penggunaan dadah, melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti berisiko tinggi
  • Seksual: nasfu seks menurun, kurang melakukan aktiviti seks
  • Kognitif: ketidakupayaan untuk fokus, kesukaran menyiapkan tugasan, respon yang lambat ketika berbual
  • Tidur: insomnia, gangguan ketika tidur, rasa mengantuk berlebihan, tidak dapat tidur malam
  • Fizikal: keletihan, kesakitan, sakit kepala, masalah penghadaman

Simptom Depresi Kalangan Wanita:
  • Mood: kerengsaan
  • Emosi: rasa sedih atau kosong, cemas atau putus harapan
  • Kelakuan: hilang minat dalam kegiatan yang dilakukan, menjauhkan diri, terfikir untuk bunuh diri
  • Kognitif: berfikir atau bercakap lebih lambat
  • Tidur: kesukaran tidur malam, terjaga awal, tidur terlalu lama
  • Fizikal: tenaga berkurangan, keletihan melampau, perubahan selera makan, berat badan, sakit-sakit, sakit kepala, meningkatkan kekejangan

Simptom Depresi Kalangan Kanak-Kanak:
  • Mood: kerengsaan, kemarahan, mood berubah, menangis
  • Emosi: perasaan ketidak cekapan (contohnya; "Saya tidak boleh melakukan sesuatu yang betul") atau berputus asa, menangis, kesedihan melampau
  • Kelakuan: mengalami masalah di sekolah atau tidak mahu ke sekolah, mengasingkan diri daripada rakan atau adik-beradik, fikirkan kematian atau bunuh diri
  • Kognitif: kesukaran untuk fokus, kemerosotan prestasi pembelajaran, perubahan dalam gred
  • Tidur: sukar tiduratau tidur terlalu lama
  • Fizikal: kehilangan tenaga, masalah penghadaman, perubahan selera makan, kehilangan atau penambahan berat badan 

Pesan InTrend: Ambil tahu untuk setiap perubahan yang berlaku pada orang yang kamu sayangi. Jika terdapat gejala ini, cuba dekati mereka. Cakap dengan baik, bersangka baik dan cuba bantu semampu yang kamu boleh. J

ika tidak mampu dilakukan secara perbualan depan-depan, kirimkan teks menerusi WhatsApp atau mesej ringkas. Jangan sesekali berasa putus-asa untuk membantu mereka kerana golongan seperti ini memang akan menjauhkan diri dan tidak mahu dibantu.

Jika kamu sudah cuba dan tida berdaya, lantik atau hubungi pakar untuk membantu. Jangan biar atau tinggalkan mereka begtiu saja, bertindak sebelum terlambat.

Aksi ‘Baby-Standing’ Undang Padah, Anak Bukan Sarkas.



Terbaharu, Hairul Azreen turut berkongsikan video baby-standing Alisa dimana bayi tersebut berada dalam posisi berdiri dan kakinya digenggam. Aksi yang dipamerkan oleh ayah dan bayi berusia 4 bulan ini mendapat reaksi yang pelbagai termasuklah angkasan Negara iaitu Datuk Dr. Sheikh Muszaphar.



Jika anda sayangkan anak, hentikan membuat aksi mengundang padah ini. Bayi hanya akan berdiri apabila otot dan tulangnya telah kuat. Melakukan aksi sebegini mengakibatkan tekanan kepada tulang kaki dan lutut , menyebabkan risiko tulang kaki membengkok.
Sekiranya bayi terjatuh, jisim kepala yang lebih berat akibatkan bayi jatuh dalam posisi terjunam. Kecederaan kepala yang serius boleh berlaku.
Bapa yang hebat, tidak perlu menunjukkan betapa sado otot mereka. Cukup dengan melindungi dan menjaga keselamatan anak.

Tuesday, October 15, 2019

Ini Dia 8 Cara Rasulullah Menjaga Kesihatan Diri Dan Hidup Sihat.



Sebenarnya Rasulullah banyak mencontohkan kepada kita bagaimana baginda menjalani hidup untuk kekal sihat.

Benarlah, menghidupkan sunnah nabi akan memberi banyak kelebihan dan memperbaiki kerosakan. Malah diberi pahala.

Ini adalah cara Rasulullah menjaga kesihatan diri agar tetap sihat.

1) SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH.

Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.
Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala,kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat

2) CARA RASULULLAH MENJAGA KESIHATAN ADALAH DENGAN AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN.

Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (HR. Muslim)


3) RASULULLAH TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN.

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
4) RASULULLAH MENJAGA KESIHATAN DIRI DENGAN GEMAR BERJALAN KAKI.

Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat.Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat.
5) RASULULLAH TIDAK PEMARAH.


6) TIDAK PERNAH IRI HATI


7) SENTIASA OPTIMIIS DAN TIDAK PUTUS ASA.

Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakkal kepada Allah s.w.t.
8) JADILAH PEMAAF.

Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa.

#primercherangkb
#primercherangclinicjb
#megaboutiqueclinic



Saturday, October 12, 2019

Tahukah Anda, Bisul Boleh Membawa Maut???



Bisul atau abses merupakan benjolan merah pada kulit yang berisi nanah.

“Punca bisul biasanya disebabkan jangkitan bakteria kuman biasanya S. aureus yang merebak. Jika tidak dirawat dengan sewajarnya, septisemia disebabkan bakteria itu boleh masuk ke aliran dalam darah dan menjangkiti organ lain termasuklah tulang dan injap jantung.

“Jangkitan ini merebak ke mana-mana organ penting, dikhuatiri ia boleh mengancam nyawa khususnya apabila pesakit menghidap komplikasi lain termasuklah kerosakan buah pinggang dan hati,” Dr Tarita.

“Tanda awal bisul kecil seperti tanda merah kecil ini lebih berpotensi untuk membesar dan disusuli demam panas terutama apabila karbunkel terbentuk. Biasanya tempoh pemulihan mereka yang mengalami karbunkel lebih perlahan dan nanah besar itu akan meninggalkan parut pada bahagian terjejas.



“Jika bisul berada di muka, saya ingatkan jangan sesekali mengambil jalan mudah cuba memecah sendiri lesi berkenaan sebaliknya bertemu doktor untuk mengelak kesan sampingan,” katanya turut memaklumkan pesakit boleh menuam lesi dengan kain bersuhu suam.

Sumber : Harian Metro

#primercherangkb
#primercherangjb
#megaboutiqueclinic

Apakah Punca Dan Penyebab Keracunan Makanan? Rawatlah Keracunan Makanan



 Tanda-tanda keracunan makanan.

Tanda dan gejala keracunan makanan adalah berbeza antara pesakit, bergantung pada agen penyebab keracunan, jumlah dan jenis bakteria, virus atau toksin, umur dan status sistem pertahanan badan seseorang. Antara tanda atau gejala keracunan makanan yang biasa adalah.

-Loya
-Muntah
-Cirit-birit
-Demam
-Sakit perut

Pesakit dinasihatkan berjumpa doktor jika mengalami gejala keracunan makanan terutama kanak-kanak agar tidak terjadinya lebih teuk lagi.Kuman yang berbeza mempunyai tempoh inkubasi, tanda dan rawatan yang berbeza. Oleh itu, ada kala sampel darah atau najis pesakit diambil untuk pemeriksaan lanjut supaya rawatan yang sesuai dapat diberikan berdasarkan diagnosis sebenar.


Penyebab

Kebanyakan kes keracunan makanan membabitkan pengambilan makanan basi atau tercemar kuman (bakteria, virus atau parasit). Antara kuman yang boleh menyebabkan keracunan makanan adalah Salmonella, Staphylococcus aureus dan Vibrio parahaemolyticus.

Kuman boleh disebar melalui bahan pencemar (kencing, najis atau sumber air yang tercemar), vektor (binatang seperti lalat, lipas, tikus atau haiwan peliharaan) atau pembawa kuman. Dalam sesetengah keadaan, kes keracunan makanan juga boleh disebabkan logam berat, racun rumpai, racun serangga, hasil laut atau tumbuhan beracun.

Rawatan.

Keracunan makanan selalu dikaitkan dengan gejala cirit-birit dan muntah yang boleh menyebabkan badan kehilangan air (dehidrasi).

Ada beberapa jenis ubat lain yang boleh digunakan dalam rawatan cirit-birit untuk orang dewasa seperti diphenoxylate+atropine dan loperamide.

Masyarakat perlu mengetahui bahawa kesesuaian penggunaan ubat-ubatan tertentu bergantung pada keadaan pesakit selepas pemeriksaan doktor atau atas nasihat ahli farmasi.

Selain itu, jenis dan dos ubat yang diberikan kepada kanak-kanak juga berbeza bergantung pada umur, berat badan dan keadaan pesakit.

Bagi sesetengah kes keracunan makanan yang disebabkan jangkitan bakteria, ubat antibiotik seperti ciprofloxacin, co-trimoxazole dan azithromycin mungkin diberikan selepas pemeriksaan doktor.

Langkah Pencengahan.

-Pastikan basuh tangan dengan bersih sebelum mula menyediakan makanan.

-Gunakan peralatan berbeza seperti pisau dan papan pemotong untuk makanan masak, daging mentah dan sayur-sayuran supaya pencemaran silang tidak berlaku.

-Pastikan telur, daging dan makanan laut dimasak sepenuhnya. Makanan dimakan mentah pula (ulam dan salad) mesti dibersihkan sebelum dihidang.

-Makanan perlu ditutup rapi supaya tidak terdedah kepada lalat, lipas dan tikus

-Elakkan daripada meninggalkan makanan masak pada suhu bilik melebihi empat jam.

-Jika makan di luar, pilih gerai atau restoran yang bersih.

#primercherangclinicjb
#primercherangkb
#megaboutiqueclinic


Tuesday, October 1, 2019

Pakar Penjelaskan "Masalah Mental Berpunca Dari Rumah"


KUALA LUMPUR, 1 Oktober (Bernama) – Peningkatan masalah kesihatan mental terutama dalam kalangan kanak-kanak dan remaja di negara ini dilihat berada pada tahap membimbangkan apabila banyak kes berkaitan penyakit itu dilaporkan kebelakangan ini.
Menurut Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada 2015, kira-kira 29.2 peratus daripada 4.2 juta penduduk Malaysia berusia 16 tahun ke atas mengalami pelbagai penyakit kesihatan mental manakala tinjauan NHMS 2017 mendedahkan satu daripada lima remaja berasa tertekan; dua daripada lima berasa bimbang; 11.2 peratus mempunyai idea untuk bunuh diri dan 10.1 peratus cuba bunuh diri.
Menurut statistik dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pula, setiap tahun sebanyak satu juta orang membunuh diri bersamaan dengan satu kematian bagi setiap 40 saat dan diramalkan menjelang 2020, kadar membunuh diri akan meningkat pada satu kematian bagi setiap 20 saat.
Pakar Psikoterapi dan Kaunseling (Kemurungan dan Kebimbangan) Access Counselling Services, Dr Meriam Omar Din berkata kebanyakan masalah kesihatan mental yang semakin serius adalah berpunca dari rumah.
“Sebenarnya masalah kesihatan mental banyak berpunca dari dalam rumah apabila faktor persekitaran anak-anak mempunyai pengalaman pahit dialaminya sewaktu usia kecil (kanak-kanak) di rumah akan memberi kesan jangka panjang yang serius sehingga dewasa.

“Malah, sekiranya dicampur pula dengan sejarah keluarga (faktor genetik) yang mempunyai masalah kesihatan mental, ia akan membuatkan keadaan individu tersebut menjadi semakin sukar untuk dirawat,” katanya ketika dihubungi Bernama baru-baru ini.
Dr Meriam turut mengakui kemajuan teknologi dan perkembangan penggunaan media sosial pada masa kini turut menjadi antara penyumbang tertinggi kepada masalah kesihatan mental yang dialami oleh remaja dan kanak-kanak.
“Budaya buli siber antara salah satu faktor masalah ini semakin serius. Bukan hanya orang yang dibuli boleh menghadapi tekanan jiwa, tetapi orang yang suka membuli juga adalah petanda tingkah laku ganas yang ada kaitan dengan kesihatan mental.
“Hal seperti itu telah banyak terjadi kepada pesakit yang mengalami kemurungan dan sebagainya sehingga ada yang membunuh diri akibat tidak tahan dengan komen negatif diterima di laman sosial mereka sendiri,” ujarnya.
Beliau berkata masalah kesihatan mental boleh dirawat sekiranya setiap individu memainkan peranan dengan sentiasa peka terhadap keadaan pesakit (mangsa) dalam usaha mendapatkan rawatan awal.
Dr Aminah berkata seni juga amat penting bagi mempromosi aktiviti yang positif bukan hanya kepada kanak-kanak dan remaja yang bermasalah, tetapi ia sebagai langkah pencegahan awal agar emosi dan kesihatan mental mereka tidak terjejas.
#primercherangjb
#primercherangkb
#megaboutiqueclinic