Wednesday, August 28, 2019

Kajian Saintifik Ini Buktikan 6 Sebab Kenapa Wajah Kebanyakkan Pasangan Suami Isteri Seiras



“Eh muka korang samalah, mesti jodoh kuat ni.”

Bukan sekali, malah berkali-kali kita sudah dengar tentang perkara ini. Kadang-kadang kita dapat lihat sendiri bahawa ada wajah pasangan yang sangat mirip seakan-akan adik-beradik. Mungkin ianya terjadi secara kebetulan namun sebenarnya ada kajian saintifik terbaru yang dilakukan untuk membuktikannya.

Justeru, ada beberapa sebab yang telah dibuktikan mengapa perkara ini terjadi. Antaranya:

[1] Menyerupai Ibu Bapa Anda
Mereka mengatakan bahawa seorang lelaki cenderung untuk berkahwin dengan seseorang yang memiliki karakter atau personaliti seperti ibunya. Ia adalah satu bonus sekiranya seorang wanita yang mempunyai ciri-ciri tersebut tidak kira dari segi perilaku atau rupa. Para penyelidik mengesahkan bahawa sekiranya seseorang selalunya akan memilih pasangan yang boleh dijadikan teman, rakan kongsi dan ‘ibubapa’ yang boleh menjaganya.

Selain itu, faktor yang paling signifikan adalah seperti warna rambut, warna mata dan umur ibu bapa mereka. Di samping itu, sekiranya ibu bapa tidak terlalu muda ketika melahirkan mereka, kebiasaannya mereka akan mencari pasangan yang lebih tua dari usia mereka.

[2] Masa Yang Dihabiskan Bersama
Seorang Ahli Psikologi Sosial Amerika Syarikat, Robert Zanjonc telah membandingkan gambar pasangan pada hari perkahwinan mereka dan gambar yang diambil pada 25 tahun kemudian.

Kajiannya memperlihatkan bahawa walaupun pada awalnya suami dan isteri tersebut tidak mempunyai persamaan (wajah) sama sekali, kira-kira 25 tahun kemudian, rupa mereka kelihatan begitu seiras. Fakta lain dari kajiannya adalah semakin bahagia sesuatu perkahwinan itu, semakin tinggi kemungkinan kemiripan wajah pasangan tersebut.


Gambar: Warner Wallace

[3] Berkongsi Pengalaman
Antara sebab lain adalah suami isteri selalu berkongsi pengalaman bersama pasangan mereka. Sepanjang hidup bersama, mereka selalunya akan mengalami momen-momen indah mahupun sedih. Oleh itu, segala yang dialami oleh mereka akan memberi kesan kepada tubuh badan serta emosi mereka. ‘Sejarah’ mereka terukir di wajah membentuk ‘kedutan’ yang sama.

[4] Seseorang Selalunya Akan Tertarik Dengan Individu  Yang Mempunyai Wajah Hampir Sama Dengan Mereka
Menurut kajian, seseorang akan tertarik pada mereka yang memiliki wajah yang hampir sama dengan mereka. Ia dikenali sebagai assortative mating, teori ini menjelaskan tentang individu yang mempunyai pasangan fenotip yang sama. Jika pasangan itu mempunyai wajah seiras, peluang untuk memiliki anak yang persis seperti ibu bapanya adalah lebih tinggi.

Jsuteru, para pengkaji percaya ini adalah salah satu cara untuk individu itu memaksimumkan gen mereka kepada generasi akan datang.



[5] Sistem Imun Yang Serupa
Sistem imun dalam tubuh kita mencerminkan gaya hidup seseorang termasuk pemakanan dan senaman fizikal. Sekumpulan saintis membuat kesimpulan bahawa pasangan yang telah lama berkahwin mempunyai sistem imun yang sangat serupa. Mungkin itulah sebabnya mereka sering berkongsi tabiat dan gaya hidup mereka secara umum.

[6] Meniru Sesama Sendiri Tanpa Sengaja
Pasangan yang sudah lama tingal bersama sering mencerminkan perilaku masing-masing. Ia menunjukkan bahawa ada keselesaan emosi dan kepercayaan dalam hubungan mereka. Para saintis menyatakan bahawa seseorang akan cenderung untuk mengubah kebiasaan mereka sendiri setelah berkahwin. Sebagai contoh, jika salah seorang daripada mereka cuba berhenti merokok dan mula makan makanan yang sihat, yang lain sering melakukan perkara yang sama.

Sumber: Brightside





No comments:

Post a Comment