Hari ini saja saya nak menulis mengenai M.C (Medical Sickness Certificate). Selalunya jarang doktor menulis mengenai MC kerana ia ibarat membuka pekung pesakit pula. Tapi saya berpendapat, kalau tak dikongsi, macam mana orang nak tahu, betul tak?
MC adalah sebuah topik yang agak sensitif, kerana ianya melibatkan expectation. Maklumlah, selalunya orang datang ke klinik berjumpa doktor, dia dah set dalam kepala siap-siap.
“Aku datang hari ini berhajatkan MC”.
Maklumlah, dalam banyak-banyak ubat yang ada, inilah ubat yang paling mujarab. Bebas bahan kimia. Dengan ubat ini, hilang segala sakit kepala, sakit perut, sakit belakang, sakit-sakit badan dan pelbagai jenis sakit lagi.
Biar lah berkhilaf berbeza pendapat bab vaksin, bab bersalin homebirth, bab aurat pesakit, bab halal haram, bab mitos etc…tapi insyaallah setakat ni tak ada lagi org berani nak persoalkan bab MC.
Justeru bila doktor tak bagi, maka pesakit ini rasa kecewa. Rasa dikhianati. Rasa membuang masa datang berjumpa doktor. Segala sakit tadi, hilang berubah menjadi sakit hati. Rasa penyakitnya ini tak akan sembuh, sampai sanggup ke klinik lain untuk dapatkan ubat mujarab ini.
Kerana itu sesama doktor, ada istilah “MC Seeker”. Betul, istilah sebegini tidak berapa elok digunakan, kerana secara tidak langsung ia menggambarkan sikap doktor yang suka melabel pesakit. Namun, its there for a reason. Sebab it’s a cliche.
MC-Seeker adalah individu yang sebenarnya pada hemat kita (doktor) setelah diperiksa, kesihatannya memuaskan dan layak untuk bekerja, tetapi tetap mahukan MC.
Jom kita tengok sikit beberapa jenis MC-Seeker;
1. 'Macam-macam ada'
Kita doktor, bila kita bertanyakan pesakit, soalan-soalan yang kita tanyakan seringkali berangkai atau berkaitan. Tujuannya adalah untuk kita explore sejarah pesakit, sekaligus dikaitkan dengan diagnosis tertentu.
Kadang2, kita guna cara ini untuk mengenalpasti MC-Seeker.
“Doktor, saya datang ini sebab sakit kepala.” sambil muka berkerut-kerut.
“Cirit birit, ada?” – ada, doktor.
“Kencing lawas tak?” – lawas, doktor.
“Kentut ada masalah?” – kadang-kadang ada, doktor.
“tangan ada rasa macam lenguh-lenguh?” – ada, doktor.
“telinga ada rasa macam gatal-gatal?” – aah, ada, doktor.
Biasanya MC seeker ini, dia akan mengatakan ya kepada majoriti soalan bagi menggambarkan keseriusan penyakit.
Soalan-soalan yang ditanyakan ni sebenarnya jarang berkaitan dengan sakit kepala pun. Tapi sengaja kita tanya, hendak tahu apa respons pesakit. Selain ia boleh membantu kita dalam diagnosis, dalam masa yang sama, kalau asyik tidak logik sahaja jawapannya ia turut membantu kita mengenalpasti MC-Seeker.
2. 'Tak Mahu Prosedur'
Selalunya MC-Seeker ini, bila datang dengan hajat tersendiri “aku datang nak ambil MC”, automatik dia beranggapan nak setel cepat-cepat. Dia akan menolak prosedur dan memberikan pelbagai alasan.
Sebagai contoh,
“Doktor, saya datang ini sebab batuk kuat, sampai berdarah kahak!”
“Kalau gitu saya kena minta untuk ambil sampel darah, buat xray, dan ambil sampel kahak.”
“Eh xpelah doktor, saya datang nak ambil ubat je. Oh ye, MC jugak ye doctor.”
3. 'Bawak bodyguard'
Fuhhh…yang jenis ni antara yang paling mencabar. Kebanyakan kes nak minta MC, selalunya datang sorang. Sebab dia tahu kat luar klinik, dia sihat je. Segan nak berlakon depan doktor.
Tapi ada yang jenis berpakat, datang berteman. Tak kira lah bawak girlfriend/boyfriend ke. Ada yang siap bawak mak sekali (biasanya kes mak yang suruh mintak MC sebab nak minta anak drive pegi somewhere).
Jenis yang bawak bodyguard ni yang selalu payah sket. Sebab bila kita kata “sakit encik/puan ni tak perlukan MC,” yang bodyguard ni akan tiba-tiba berubah jadi lawyer pesakit.
“Punya tak larat dia kat rumah, doktor kata tak boleh MC?”
“Habis macam mana dia nak pegi kerja?”
“Bulan lepas saya bawak anak saya seorang lagi, boleh ja dapat MC?”
MC Seeker jenis ni selalu meletakkan doktor dalam keadaan serba salah.
“Tapi saya memang tak datang kerja hari ini. Bila bagitahu supervisor, supervisor suruh minta MC!”
Selalunya saya malas nak bertekak dengan pesakit, saya akan jawab secara jujur sahaja – “Kalau begitu, minta lah MC dari supervisor awak.”
Kita kena faham, dalam mana-mana perkhidmatan sama ada awam atau swasta, soal cuti adalah antara pekerja dan majikan semata-mata. TIDAK melibatkan doktor.
Anda sepatutnya dapatkan pengesahan doktor (MC) dahulu, baru berbincang dengan majikan. Ini kerana, hak memberi cuti tetap terletak kepada majikan. Kalau doktor mengesahkan anda sihat, tapi anda sudah “tercuti” pada hari tersebut, anda kena lah bincang dengan majikan. Doktor hanya boleh berikan time slip.
Cuti ini bukan MC sahaja. Cuti rehat, cuti kecemasan, cuti tanpa rekod pun ada. Kalau anda datang klinik pada malam hari, minta MC tapi doktor tak bagi, terpaksa lah tukar cuti anda jadi cuti tanpa rekod/gaji. Anda tak boleh lah nak desak doktor bagi MC juga atas alasan “taknak cuti kena potong”.
Doktor beri MC atas faktor kesihatan pesakit. Bukannya faktor berapa baki cuti rehat anda.
5. 'Pelakon terhebat'
Sesetengah klinik, dilengkapi dengan CCTV yang mana doktor didalam nya boleh melihat gerak geri pesakit di ruangan menunggu melalui komputer.
Pesakit jenis ini, seringkali menggayakan aksi exaggerated (berlebihan). Contohnya di ruangan menunggu rileks sahaja senyum2 sambil melihat phone, berbual dengan teman (bodyguard).
Tapi apabila tiba giliran untuk memasuki bilik doktor,
Batuknya mengalahkan orang asthma. Gaya berjalan serta merta menjadi terhincut. Tangan yang tadi nya memegang henset, kini beralih memegang perut yang sedang memulas.
Kadang2 doktor tak tengok pun. Tapi doktor ada spy. “Patient yang doktor bagi MC tadi tu, happy je keluar dari bilik doktor. Terus menuju ke parking, tak singgah farmasi pun.” ujar misi check BP yang duduk kat luar klinik. Dah selalu dah doktor kena tipu macam tu.
Perkongsian sebegini hanyalah sekadar untuk pengetahuan am sahaja, jangan lah ambil serius sangat. Bagi kes-kes yang betul-betul tak sihat, doktor tiada masalah mengeluarkan MC. Bahkan doktor sendiri akan offer MC jika beliau dapati kesihatan pesakit tersebut boleh membahayakan pesakit ketika bertugas.
Contohnya, kes pneumonia yang pernah saya jumpa.
“Cikgu betul ni, tak mahu MC? Demam tinggi tu, 39 darjah celsius. Batuk pun sampai tak ada suara, macam mana nak mengajar?”
“Takpe doktor, saya banyak nak setelkan kerja, nak key -in markah, siapkan laporan. Lagipun dua tiga hari ini ada mesyuarat, tak boleh cari orang ganti!”
“Eh jangan macam tu, cikgu. Saya bagi cikgu MC tiga hari, untuk cikgu makan antibiotik dan rehat secukupnya bagi sembuh dulu. Jangan tambah rungsing fikir pasal kerja, kelas dan sebagainya!”
Ingat, urusan cuti (termasuklah MC) adalah hak majikan. Doktor hanya memberikan saranan dan pendapat perubatan, tetapi jika majikan tetap meminta anda bekerja, anda perlu berurusan dengan majikan.
Untuk pengetahuan, ini yang selalu berlaku kepada kami di bahagian kesihatan atau para doktor sekalipun. Kalau ikut logik, kami lah golongan yang paling banyak MC sebab kami tahu macam mana nak dapatkan MC, bahkan senang nak “kawtim” sesama rakan.
Hakikatnya, tidak. Doktor dan staf kesihatan lain, seringkali walaupun dengan MC, tetap diminta datang bertugas khasnya seperti tujuan oncall. Ini kerana, kelulusan cuti tetap tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan, atas penilaian ketua jabatan / majikan.
#primercherangJB #primercherangKB #megaboutiqueclinic
No comments:
Post a Comment