berita semasa

Wednesday, August 28, 2019

Doktor Ini Perjelaskan Tentang Permakanan Yang Sesuai Bagi Pesakit Gout



GOUT sejenis penyakit yang ditakrifkan sebagai penghasilan asid urik secara berlebihan di dalam badan dan ini berlaku dalam keadaan di mana pengeluarannya bertambah dengan pengambilan secara berlebihan makanan purin (zat semula jadi) berprotein tinggi.
Apabila ini terjadi, pesakit gout akan mengalami bengkak pada bahagian kaki, panas, dan amat sakit hingga ada sesetengahnya tidak boleh berjalan.
Sekiranya pesakit tersebut menghidap gout yang kronik, kehidupan harian yang normal akan terganggu dan perkara yang paling ditakuti ialah berlakunya kecacatan pada sendi dan otot, sama ada ringan atau berat.
Katanya, purin ialah sejenis protein yang membentuk asid urik hasil proses metabolisme dan berpotensi menyebabkan serangan gout.
Tambahnya, kekurangan air dalam badan juga boleh meningkatkan paras asid urik dalam darah, sekali gus menyebabkan keadaan pesakit gout lebih buruk.

Oleh kerana pengambilan makanan yang tinggi purin penyebab utama gout, Nurul Ain menasihatkan pesakit mendisiplinkan diri dengan memilih makanan yang mengandungi kandungan purin yang sederhana dan seelok-eloknya mengambil makanan bijirin, buah-buahan, sayur-sayuran atau karbohidrat.
Pesakit juga dinasihatkan minum air yang banyak setiap hari bagi membantu perkumuhan asid urik daripada badan dan mengurangkan risiko mendapat batu karang.
Yang pasti, hari ini, gout boleh menyerang sesiapa saja tanpa mengira umur, bangsa, serta jantina dan ada kes remaja berusia 18 tahun dikesan menghidap penyakit ini.
Pesakit-pesakit gout turut disarankan agar berjumpa dengan pakar pemakanan untuk mendapatkan nasihat yang sewajarnya.
#primercherangjb
#primercherangkb
#megaboutiqueclinic
Posted by Primer cherang at 9:20 AM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: kesihatan, klinik, primer cherang

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

About Me

Primer cherang
View my complete profile

Blog Archive

  • ▼  2019 (45)
    • ►  November (9)
    • ►  October (13)
    • ►  September (10)
    • ▼  August (13)
      • Kajian Saintifik Ini Buktikan 6 Sebab Kenapa Wajah...
      • Doktor Ini Perjelaskan Tentang Permakanan Yang Ses...
      • Datang Haid Lewat Tapi Tak Hamil, Ini 4 Punca Yang...
      • Ini Dia Senarai Doktor Kacak Dan Cun Yang Bertugas...
      • 7 Perkara Kita Selalu Buat Setiap Kali Lepas Makan...
      • Kajian - Tidur Di Waktu Siang Petanda Awal Penyaki...
      • Rupanya 8 Bunga Ini Boleh Dimakan Dan Didakwa Memp...
      • Sedap Tapi Pedas, Ini Dia Rahsia Di Sebalik Makana...
      • Menurut Doktor, Sering Kebas Kaki Dan Tangan? Ini ...
      • 5 Perkara Yang Menarik Di Klinik Ini. Kenapa Anda ...
      • Doktor Ni Jelaskan 5 Auta Pekerja Selalu Buat Untu...
      • Betul Ke Makan Sayur Sejuk Ketika Pantang Memudara...
      • Nak Pergi Klinik Atau Hospital Pun Ada Etika, Ini ...
Picture Window theme. Powered by Blogger.