Apabila
kita mahu berjumpa doktor di klinik atau hospital pastinya kita mahukan sesi
rawatan berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang halangan.
Proses
perjumpaan dengan doktor bukanlah satu perkara yang boleh kita pandang remeh
kerana kita mahu mendapatkan hasil rawatan yang terbaik.
Pasti
kita akan berasa kurang senang sekiranya rawatan yang diberikan oleh doktor
seolah-olah tidak berkesan kepada kita meskipun tanpa kita sedar, kitalah yang
menjadi punca dan memberi kesusahan kepada doktor.
Oleh
itu, mari pelajari tips ringkas sebelum bertemu doktor yang dikongsikan oleh doktor
ini di laman Facebook beliau.
#primercherangJB #primercherangKB
#megaboutiqueclinic
Tips
Ringkas Sebelum Jumpa Doktor
2)
Kalau anda sakit kaki terutama bahagian lutut, maka pakailah seluar panjang
yang longgar utk mudah di singsing seluar tu. Doktor perlu check lutut.
Terutama bagi wanita, pakai seluar ya. Kalau pakai kain memang tak logik nak
test angkat kaki, bengkok kan kaki tu semua.
3) Kalau bawa anak , terutama yang baby, tak
perlu nak pakaikan baju yang complicated. Ambil masa dan menyusahkan doktor,
dan anak itu sendiri. Nak kena bukak layer by layer baju tu dan logiknya, kalau
anak anda demam pun, jangan pakai baju tebal2, nanti haba susah nak hilang.
4)
Kalau anda ada ruam yang ingin diperiksa oleh doktor, jangan sapu apa apa atas
ruam tu sebelum datang ke klinik. Ada banyak kali pesakit datang dah tertepek
inai / sirih / serbuk kunyit dan pelbagai lagi bahan yg u name it di amalkan as
petua. Doktor perlu melihat dengan jelas rupa ruam tu, baru dapat buat
diagnosis yang betul.
Begitu
juga buat wanita, jangan apply make-up atas ruam itu.
5)
Kalau anda pening / sakit kepala, kalau boleh…..tolong jangan sapu apa apa
minyak seperti minyak cap Kapak / minyak angin yang kuat bau nya. Bau yang kuat
itu boleh ganggu konsentrasi doktor utk memeriksa. Bilik consultation doktor
bukannya luas sangat, bertutup dan ber air cond. So apa apa bauan memang akan
jadi obvious.
6) Kalau anda sakit
perut atau lenguh cramp kaki / tangan, bila nak jumpa doktor, kalau
boleh….tolong jangan sapu minyak gamat / minyak kuda / whatever minyak pada
kawasan abdomen / kaki / tangan tu. Doktor perlu sentuh badan anda semasa pemeriksaan
fizikal. Beri kerjasama utk elakkan tangan doktor melekat minyak tersebut
7)
Kalau anda luka berdarah di kawasan tangan / kaki, jangan ikat guna kain ketat
letat di kawasan peha / atas lengan, dengan niat kononnya utk stop kan
perdarahan. ( Do not apply tourniquet). Ini kerana anda mungkin akan terus
hentikan pengaliran darah ke bahagian tersebut , dan ini bahaya, tisu boleh
mati.
Apa yg
perlu di lakukan ialah berikan tekanan secara langsung ( apply direct pressure)
ke atas luka tersebut, menggunakan gauze, ataupun kain yg bersih ( dalam kes
kecemasan takde gauze). Lepas tu balut luka tersebut. Dan tinggikan anggota
yang luka tu ( angkat tangan / kaki). Ini membantu kurangkan perdarahan, tanpa
risiko anda block pengaliran darah ( oxygen) ke kawasan cedera.
8.)
Sambungan perkara nombor 7, jangan tabur serbuk kopi konon nya utk hentikan
perdarahan. Anda mencemarkan luka berdarah anda, dan tinggikan risiko
jangkitan. Dan amat amat payah bagi doktor & team utk bersihkan luka anda
yang penuh dengan serbuk kopi ! Ini aku dah beberapa kali alami.
Apa
yang perlu anda buat, ikut tips dalam isu no. 7 tu.
9)
Kalau anda sedang sakit tekak yg teruk, contohnya anda biasa kena Tonsilitis,
jangan kemam lozenges / gula2 masa menunggu giliran jumpa doktor. Kalau tengah
kemam, cepat2 kunyah dan telan atau buang lozenges tu. Sebab banyak kali
terjadi bila doktor nak check tekak, pesakit tengah mengulum lozenges / gula2.
Dah satu kerja nak tunggu buang / alihkan dulu lozenges tu.
10)
Kalau anda ada masalah pada kulit kepala ( eg ruam / bisul / bengkak/ etc), dan
anda bertudung, kalau boleh….tolong jangan pakai kain tudung yang complicated
ya utk di buka. Maksud aku, lilit tudung yang entah berapa kali lilit, dan di
pin kan dengan 3- 4 posisi brooch. Nanti menyusahkan doktor, dan anda sendiri
utk buka tudung tu.
Begitu
juga yang berniqab, kalau anda memang tahu anda tak boleh bukak niqab di
hadapan doktor lelaki, maka please jumpa doktor perempuan. Pernah terjadi
beberapa kali, pesakit yang berniqab mengadu sakit tekak / ada masalah dalam
mulut, bila aku nak periksa, tak boleh sebab ada niqab. Aku tak akan short cut
/ assume penyakit, aku jenis yang perlu pasti, perlu buat pemeriksaan fizikal.
So tanpa pemeriksaan fizikal, tak dapat buat diagnosis, tak dapat diagnosed, so
tak dapat lah bagi rawatan.
Namun ada je yang berniqab yang lebih terbuka, tak kisah utk buka niqab bila diperlukan.
Namun ada je yang berniqab yang lebih terbuka, tak kisah utk buka niqab bila diperlukan.
#primercherangJB #primercherangKB
#megaboutiqueclinic
No comments:
Post a Comment