Bagaimana keadaan bayi anda membesar, berkembang, berinteraksi dan bergerak di dalam kandungan bergantung sebahagiannya daripada pemakanan anda. Ini bermakna pemakanan semasa mengandung akan membawa manfaat bukan sahaja untuk masa ini, tetapi juga untuk masa akan datang.
Berikut merupakan beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan oleh ibu hamil :
1. Keju
Ibu hamil perlu mengelakkan diri daripada memakan jenis keju seperti brie, camembert, feta serta pelbagai lagi jenis keju yang mempunyai kaedah salutan yang sama.
Elakkan juga memakan keju biru seperti gorgonzola atau roquefort yang diperbuat daripada kulat yang berfungsi sebagai perisa keju tersebut. Keju jenis ini mengandungi bakteria yang boleh menyebabkan listeriosis.
Meskipun individu dewasa jarang dijangkiti infeksi listeria, ibu yang sedang hamil yang terkena jangkitan ini berisiko mengalami masalah kehamilan seperti keguguran atau kelahiran bayi pramatang.
2. Telur mentah
Demi mengelakkan infeksi salmonella, ibu hamil seharusnya mengelakkan diri daripada makan telur mentah atau sebarang makanan yang diperbuat daripadanya.
Namun begitu, ibu hamil diingatkan untuk tidak makan makanan laut bercangkerang yang tidak dimasak atau separuh masak demi mengelakkan penyakit yang berpunca daripada makanan laut.
4. Ikan yang disalai
Ikan atau makanan laut yang disalai mengandungi jumlah listeria yang sangat tinggi. Oleh itu, ibu hamil seharusnya mengelakkan diri daripada memakan atau membeli ikan yang disalai ini. Jika anda masih ingin memakannya, pastikan anda memasak ikan yang disalai ini dengan secukupnya terlebih dahulu.
5. Daging mentah
Ibu hamil seharusnya lebih berhati-hati apabila memakan daging yang kelihatan masih mentah. Sebagai contoh, sosej, salami, chorizo, pepperoni atau daging cincang selalunya tidak dimasak dengan sepenuhnya. Ini menyebabkan makanan jenis ini masih mempunyai kandungan bakteria dan parasit yang tinggi.
No comments:
Post a Comment