Di dalam kebanyakan masakan tradisional masyarakat kita, daun pandan sangat popular sebagai bahan pewangi dan perasa. Namun, tahukah anda sebenarnya tumbuhan ini bukan sahaja boleh berfungsi untuk tujuan itu semata-mata, tetapi mempunyai pelbagai manfaat lain terhadap kesihatan.
Ada di antaranya tidak terjangkakan pun oleh kita akan manfaatnya kepada kesihatan. Nak tahu lebih lanjut mengenai fungsi dan kebaikan daun pandan? Jom ikuti perkongsian oleh Hello Doktor seperti di bawah. Lepas ni, dah boleh tanam pokok pandan di rumah banyak-banyak ye!
Apa itu daun pandan?
Ia adalah tumbuhan semula jadi yang berasal dari Asia Tenggara dan sangat popular di negara Malaysia, Indonesia, Thailand dan negara serantaunya. Ia kebiasaannya digunakan sebagai pembalut makanan tradisional kita iaitu nasi lemak dan ayam kapitan, lauk-pauk seperti daging, ayam atau ikan sebelum dipanggang atau distim selain juga merupakan intipati utama dalam manisan seperti kek dan pau serta dalam minuman seperti air sirap.
Persoalannya, mengapakah tumbuhan ini yang digunakan dan bukannya tumbuhan lain? Jawapannya adalah kerana rasa, bau dan aromanya yang wangi, kuat dan menyelerakan.
Apa nama lain bagi daun pandan?
Ia adalah tumbuhan yang berasal dari keluarga tumbuhan Pandanaceae dan mempunyai beberapa jenis iaitu Pandanus amaryllifolius, Pandanus odoratissimus, Pandanus latifolius dan Pandanus veitchii. Masyarakat Melayu sudah pasti akan mengenali tumbuhan wangi ini sebagai daun pandan.
Di Malaysia, ia secara umumnya dikenali sebagai daun pandan meskipun kita hidup berbilang bangsa, begitu juga dengan Indonesia.
Ia berbentuk panjang, kurus, tirus dan berwarna hijau. Ia boleh dipasarkan melalui beberapa cara iaitu, secara segar, kering atau sejuk beku. Daun dan bunganya juga biasanya hadir dalam bentuk ekstrak yang berwarna hijau terang. Untuk pengetahuan anda, daun yang telah kering agak kurang wangi berbanding daun yang masih segar. Oleh itu, ia perlu direbus untuk mengeluarkan aromanya. Daunnya yang masih segar mempunyai rasa manis seperti susu, vanila atau kacang. Daun yang telah kering pula tidak mempunyai sebarang rasa. Bunganya berwarna kuning keemasan dan mempunyai aroma yang manis, wangi dan kuat.
Disebabkan warna adalah salah satu karakteristik yang sangat penting, ia perlu dikeringkan dengan berhati-hati untuk mengekalkan warnanya yang hijau dan aromanya yang unik. Daunnya selalunya akan dipotong kepada bahagian yang tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil sehingga ia mudah dimasukkan ke dalam masakan. Daunnya yang segar biasanya akan dihancurkan atau direbus untuk mengeluarkan ekstrak yang biasa digunakan di dalam manisan.
Manfaat daun pandan terhadap kesihatan
Meskipun umum mengetahui daun pandan adalah pewangi dan perasa masakan semula jadi yang akan memberikan aroma yang menyelerakan, sebenarnya ia juga turut hadir dengan pelbagai lagi manfaat buat kesihatan tubuh badan anda.
1. Membantu meningkatkan selera makan
Semua individu pasti pernah mengalami kekurangan selera makan, bukan? Ini mungkin berlaku disebabkan oleh masalah dalam perut atau oral anda. Tubuh badan kita memerlukan nutrisi yang secukupnya untuk terus hidup dengan sihat dan kurang makan akan menyebabkan kita lebih terdedah kepada penyakit.
2. Membantu melegakan pening kepala
Pening kepala sememangnya akan mengganggu aktiviti harian anda. Jika anda kerap mengalaminya, cuba masukkan tumbuhan wangi ini ke dalam makanan atau minuman anda seperti di dalam air sirap atau nasi. Ini kerana ia boleh dijadikan alternatif kepada ubat yang mungkin mempunyai kesan sampingan yang negatif kepada tubuh badan anda.
3. Membantu melegakan kesakitan tubuh badan
Tumbuhan wangi ini mengandungi laxative yang boleh berfungsi untuk melegakan kesakitan pada kepala, telinga, dada dan arthritis. Selain itu, ia juga boleh melegakan sakit perut yang boleh jadi punca infeksi atau inflamasi. Bagi para ibu pula, pengambilan ekstraknya juga boleh membantu pemulihan selepas bersalin atau semasa berpantang.
Sembelit adalah salah satu daripada masalah penghadaman. Ia akan menyebabkan individu mengalami masalah untuk membuang air besar. Jika anda mengalaminya, anda boleh cuba ambil ekstrak tumbuhan wangi ini kerana ia terbukti boleh menyahtoksik tubuh badan anda sekiranya diambil secara tetap dan kerap.
5. Membantu merawat insomnia
Insomnia adalah masalah kesihatan yang agak sukar untuk dikawal dan dirawat. Kebiasaannya, ia akan berlaku kepada individu yang tertekan dari segi mental dan fizikalnya. Jadi, tambahkan tumbuhan wangi ini ke dalam masakan anda untuk merawat insomnia anda. Ia terbukti sangat bagus untuk kesihatan kita kerana ia mengandungi sebatian alkaloid yang boleh membantu memberi kesan lega terhadap tubuh badan. Disebabkan itu, ia boleh menenangkan anda lalu memudahkan anda untuk tidur dengan lena.
6. Membantu merawat stres dan kegelisahan
Daun pandan juga sebenarnya bermanfaat untuk merawat masalah berkaitan mental iaitu stres dan kegelisahan. Individu mungkin akan mengalami kegelisahan jika sedang berdepan dengan situasi yang anda tidak suka seperti bercakap di hadapan orang ramai atau sebagainya. Dikatakan, pengambilan tumbuhan wangi ini yang telah dibrukan dan dicampurkan bersama air suam boleh membantu merawat masalah ini. Ambil ia 2 atau 3 kali sehari sehingga anda mula berasa lega.
7. Membantu mengawal hipertensi
Hipertensi adalah gangguan di dalam saluran darah yang akan menyebabkan tekanan darah tinggi dan melebihi paras normal iaitu 110 hingga 120 atau 90mmHg. Gangguan ini boleh disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, obesiti, tekanan dan gaya hidup. Pengambilannya dikatakan mampu mengurangkan tekanan darah. Cukup sekadar jadikannya sebagai minuman atau campurkannya ke dalam makanan anda. Jika diambil secara kerap, ia boleh menghalang sakit jantung seperti coronary artery disease (CAD).
Diabetes adalah penyakit yang disebabkan oleh kekurangan penghasilan insulin dalam tubuh badan yang berfungsi untuk menyerap glukosa. Ini akan menyebabkan ekstrak glukosa yang tidak dapat diserap ini terkumpul dalam saluran darah jika tidak dirawat dengan segera. Salah satu rawatan diabetes adalah menggantikan gula dengan daun pandan apabila membuat air. Tumbuhan wangi ini akan membuat minuman anda lebih segar dan lebih rasa tanpa menggunakan gula.
9. Membantu melegakan rheumatism
Rheumatism adalah penyakit yang menyebabkan kesakitan atau kebengkakan pada otot atau sendi atau inflamasi. Ia disebabkan oleh makan makanan yang tinggi kandungan asid urik seperti bayam, kerang, udang, ikan dan daging merah. Selain itu, ia juga mungkin berlaku disebabkan oleh gaya hidup seperti minum alkohol. Faktor usia juga merupakan antara salah satu sebab terjadinya penyakit ini.
10. Membantu mencegah kanser
Menurut kajian yang dilakukan pada tahun 2014, ekstrak daripada akar dan daun pandan mengandungi cytotoxic, antimiotic, antiproliferative dan apoptotic. Ini menjadikan tumbuhan wangi ini mempunyai potensi untuk digunakan sebagai terapi kanser, sesuai dengan penggunaannya secara tradisi buat masa yang sangat lama. Jadi, ia mungkin membantu dala mencegah kanser kerana ia sangat efektif dalam melawan kanser.
No comments:
Post a Comment