Wednesday, August 28, 2019
Kajian Saintifik Ini Buktikan 6 Sebab Kenapa Wajah Kebanyakkan Pasangan Suami Isteri Seiras
“Eh muka korang samalah, mesti jodoh kuat ni.”
Bukan sekali, malah berkali-kali kita sudah dengar tentang perkara ini. Kadang-kadang kita dapat lihat sendiri bahawa ada wajah pasangan yang sangat mirip seakan-akan adik-beradik. Mungkin ianya terjadi secara kebetulan namun sebenarnya ada kajian saintifik terbaru yang dilakukan untuk membuktikannya.
Justeru, ada beberapa sebab yang telah dibuktikan mengapa perkara ini terjadi. Antaranya:
[1] Menyerupai Ibu Bapa Anda
Mereka mengatakan bahawa seorang lelaki cenderung untuk berkahwin dengan seseorang yang memiliki karakter atau personaliti seperti ibunya. Ia adalah satu bonus sekiranya seorang wanita yang mempunyai ciri-ciri tersebut tidak kira dari segi perilaku atau rupa. Para penyelidik mengesahkan bahawa sekiranya seseorang selalunya akan memilih pasangan yang boleh dijadikan teman, rakan kongsi dan ‘ibubapa’ yang boleh menjaganya.
Selain itu, faktor yang paling signifikan adalah seperti warna rambut, warna mata dan umur ibu bapa mereka. Di samping itu, sekiranya ibu bapa tidak terlalu muda ketika melahirkan mereka, kebiasaannya mereka akan mencari pasangan yang lebih tua dari usia mereka.
[2] Masa Yang Dihabiskan Bersama
Seorang Ahli Psikologi Sosial Amerika Syarikat, Robert Zanjonc telah membandingkan gambar pasangan pada hari perkahwinan mereka dan gambar yang diambil pada 25 tahun kemudian.
Kajiannya memperlihatkan bahawa walaupun pada awalnya suami dan isteri tersebut tidak mempunyai persamaan (wajah) sama sekali, kira-kira 25 tahun kemudian, rupa mereka kelihatan begitu seiras. Fakta lain dari kajiannya adalah semakin bahagia sesuatu perkahwinan itu, semakin tinggi kemungkinan kemiripan wajah pasangan tersebut.
Gambar: Warner Wallace
[3] Berkongsi Pengalaman
Antara sebab lain adalah suami isteri selalu berkongsi pengalaman bersama pasangan mereka. Sepanjang hidup bersama, mereka selalunya akan mengalami momen-momen indah mahupun sedih. Oleh itu, segala yang dialami oleh mereka akan memberi kesan kepada tubuh badan serta emosi mereka. ‘Sejarah’ mereka terukir di wajah membentuk ‘kedutan’ yang sama.
[4] Seseorang Selalunya Akan Tertarik Dengan Individu Yang Mempunyai Wajah Hampir Sama Dengan Mereka
Menurut kajian, seseorang akan tertarik pada mereka yang memiliki wajah yang hampir sama dengan mereka. Ia dikenali sebagai assortative mating, teori ini menjelaskan tentang individu yang mempunyai pasangan fenotip yang sama. Jika pasangan itu mempunyai wajah seiras, peluang untuk memiliki anak yang persis seperti ibu bapanya adalah lebih tinggi.
Jsuteru, para pengkaji percaya ini adalah salah satu cara untuk individu itu memaksimumkan gen mereka kepada generasi akan datang.
[5] Sistem Imun Yang Serupa
Sistem imun dalam tubuh kita mencerminkan gaya hidup seseorang termasuk pemakanan dan senaman fizikal. Sekumpulan saintis membuat kesimpulan bahawa pasangan yang telah lama berkahwin mempunyai sistem imun yang sangat serupa. Mungkin itulah sebabnya mereka sering berkongsi tabiat dan gaya hidup mereka secara umum.
[6] Meniru Sesama Sendiri Tanpa Sengaja
Pasangan yang sudah lama tingal bersama sering mencerminkan perilaku masing-masing. Ia menunjukkan bahawa ada keselesaan emosi dan kepercayaan dalam hubungan mereka. Para saintis menyatakan bahawa seseorang akan cenderung untuk mengubah kebiasaan mereka sendiri setelah berkahwin. Sebagai contoh, jika salah seorang daripada mereka cuba berhenti merokok dan mula makan makanan yang sihat, yang lain sering melakukan perkara yang sama.
Sumber: Brightside
Doktor Ini Perjelaskan Tentang Permakanan Yang Sesuai Bagi Pesakit Gout
GOUT sejenis penyakit yang ditakrifkan sebagai penghasilan asid urik secara berlebihan di dalam badan dan ini berlaku dalam keadaan di mana pengeluarannya bertambah dengan pengambilan secara berlebihan makanan purin (zat semula jadi) berprotein tinggi.
Apabila ini terjadi, pesakit gout akan mengalami bengkak pada bahagian kaki, panas, dan amat sakit hingga ada sesetengahnya tidak boleh berjalan.
Sekiranya pesakit tersebut menghidap gout yang kronik, kehidupan harian yang normal akan terganggu dan perkara yang paling ditakuti ialah berlakunya kecacatan pada sendi dan otot, sama ada ringan atau berat.
Katanya, purin ialah sejenis protein yang membentuk asid urik hasil proses metabolisme dan berpotensi menyebabkan serangan gout.
Tambahnya, kekurangan air dalam badan juga boleh meningkatkan paras asid urik dalam darah, sekali gus menyebabkan keadaan pesakit gout lebih buruk.
Oleh kerana pengambilan makanan yang tinggi purin penyebab utama gout, Nurul Ain menasihatkan pesakit mendisiplinkan diri dengan memilih makanan yang mengandungi kandungan purin yang sederhana dan seelok-eloknya mengambil makanan bijirin, buah-buahan, sayur-sayuran atau karbohidrat.
Pesakit juga dinasihatkan minum air yang banyak setiap hari bagi membantu perkumuhan asid urik daripada badan dan mengurangkan risiko mendapat batu karang.
Yang pasti, hari ini, gout boleh menyerang sesiapa saja tanpa mengira umur, bangsa, serta jantina dan ada kes remaja berusia 18 tahun dikesan menghidap penyakit ini.
Pesakit-pesakit gout turut disarankan agar berjumpa dengan pakar pemakanan untuk mendapatkan nasihat yang sewajarnya.
#primercherangjb
#primercherangkb
#megaboutiqueclinic
Datang Haid Lewat Tapi Tak Hamil, Ini 4 Punca Yang Si Isteri Perlu Tahu
Bagi seorang wanita, masalah lewat datang haid bukanlah satu perkara yang dipandang remeh. Pendarahan haid atau menstruasi ialah pendarahan daripada lapisan rahim. Masalah haid tak teratur sering merisaukan kerana kitaran haid menentukan tahap kesuburan dan kesihatan para golongan wanita.
Bagi wanita yang berkahwin, perasaan teruja itu datang selepas ada beberapa petanda hamil terutamanya bila haid datang lewat. Tapi perasaan itu cuma sekejap, selepas keputusan yang diterima adalah sebaliknya.
Tambahan pula sebelum ini kitaran haid anda biasanya on-time, normal dan teratur. Secara tiba-tiba tidak datang berhari-hari. Mesti pelik kan?
Usah risau, Doktor Zubaidi Haji Ahmad akan menjelaskan persoalan yang terbuku dalam fikiran anda terutamnya bagi kaum wanita mengenai bahaya atau tidak haid datang lewat tetapi tidak hamil.
Menurut Doktor Zubaidi, banyak punca kelewatan haid dan ia dianggap normal selagi kitaran haid pada 21 hingga 35 hari.
Antara punca kelewatan haid adalah;
Emosi yang tertekan
Senaman berlebihan
Penurunan berat badan secara mendadak
Berat badan yang berlebihan
Punca di atas akan menyebabkan tahap hormon terjejas dan mengganggu kitaran haid anda. Kelenjar ovari biasanya akan mengeluarkan satu telur ovum pada kitaran haid yang berlaku pada 12 hingga 14 hari selepas hari pertama haid.
Semua orang tahu, jika telur tidak disenyawakan lapisan dalam rahim anda akan jatuh sebagai darah haid bermula pada hari pertama kitaran haid seorang wanita.
Jika ovari anda tidak mengeluarkan telur ovum yang sepatutnya maka rahim tidak menerima sebarang syarat yang diperlukan untuk menjatuhkan darah haid. Maka haid tersebut lebih lambat.
Untuk pengetahuan anda, selalunya kelewatan datang haid bukanlah satu perkara yang merbahaya tetapi jika berulang kali ia terjadi dan ujian kehamilan tetap negatif, doktor ini cadangkan untuk berjumpa dengan doktor yang sepatutnya untuk mengetahui punca kelewatan itu.
PCOS ini adalah masalah yang disebabkan oleh tahap hormon tertentu merangsang kelenjar ovari menghasilkan banyak follicle iaitu kelumpang yang mengandungi telur ovum. Masalahnya semua daripada folikel tidak cukup matang untuk mengeluarkan telur.
Tanda-tanda PCOS ini termasuklah pertumbuhan bulu yang berlebihan di muka, dada dan bahagian abdomen, jerawat serta berat badan yang berlebihan.
Selain itu, tahap hormaon prolaktin yang terlalu tinggi (Hyperprolactinemia). Kebiasaannya, wanita yang mengeluarkan jormonini apabila seseorang itu sedang menyusu. Kadar hormon ini yang berlebihan akan menyebabkan haid tidak datang.
Namun, tidak semua wanita mempunyai masalah itu. Pemeriksaan adalah jalan terbaik untuk mengetahui lebih lanjut tentang kesihatan anda.
#primercherangjb
#primercherangkb
Monday, August 26, 2019
Ini Dia Senarai Doktor Kacak Dan Cun Yang Bertugas Di Klinik Primer Cherang.
Nie ko Klinik “5 STAR” hok sohor di KELATE tu??
Klinik Primer Cherang diusahakan oleh doktor muda iaitu Dr Mohd Rahimie Sayutti dan Dr Mohd Safwan Saifudin yang komited untuk membantu ramai orang diluar sana
Primer Cherang merupakan “One Stop Center” berkonsepkan eklusif mesra keluarga.
Waktu Operasi : Ahad - Sabtu (830 pagi – 10mlm) kecuali Jumaat (4ptg – 10mlm)
Alamat : No 1702, 1703, 1704 Tgkt. Bawah Jln Hospital, Paya Bemban 15200 Kota Bharu, Kelantan
P/s: Sila share , tag dan komen masalah anda untuk sama2 kita ikhtiar,InsyaAllah
Jangan lepaskan peluang dengan berjumpa doktor kegemaran anda dan kesukaan anda.
1) Doktor Rahimie Sayutti
2) Doktor Safwan Saifudin
3) Doktor Faiz
4) Doktor Tan
5) Doktor Aini
6) Doktor Ila
7) Doktor Hanis
#primercherangjb
#primercherangkb
7 Perkara Kita Selalu Buat Setiap Kali Lepas Makan, Tapi Sebenarnya Berisiko Untuk Kesihatan
Sedar tidak sedar, ada antara rutin harian kita boleh mendatangkan keburukan pada kesihatan tubuh badan jika terus dilakukan dalam jangka masa yang lama.
Oleh itu, ilmu pengetahuan mengenai penjagaan kesihatan amat penting agar kita dapat mengelakkan mudarat kepada tubuh tanpa disedari.
Berikut merupakan tujuh rutin yang sering kebanyakan kita lakukan selepas makan yang boleh memudaratkan kesihatan.
1. Merokok
Bagi perokok tegar, menghisap sebatang dua rokok adalah ‘rukun’ selepas makan tidak kiralah ketika hari-hari biasa ataupun bulan puasa. Namun tahukah anda, merokok sejurus selepas makan boleh menyebabkan pedih ulu hati?
Bukan itu sahaja, ia juga boleh mengakibatkan jangkitan bakteria akibat iritasi atau ulser pada dinding usus di samping mengakibatkan penyakit hati.
Selain itu, merokok juga merupakan faktor risiko utama pelbagai kanser seperti kanser mulut, esofagus, perut, pankreas dan kanser usus, kanser utama penyebab kematian.
2. Minum teh selepas makan
Teh mengandungi sebatian fenol yang boleh mengganggu penyerapan zat besi. Meminum teh sejurus selepas makan boleh menyebabkan kekurangan zat besi dan katekin (bahan antioksida) di dalam badan.
Selain itu, teh juga mengandungi tanin yang mengganggu mekanisme penggunaan zat besi di dalam badan. Oleh itu, pakar nutrisi menyarankan agar anda menjarakkan minum teh sekurangnya satu jam selepas makan.
Walaubagaimanapun, hal ini berbeza jika anda meminum teh herba atau teh hijau. Hal ini kerana kedua-dua teh itu mengandungi sifat anti-radang dan enzim yang membantu pencernaan protein.
3. Makan buah
Buah merupakan sumber vitamin dan serat yang penting untuk kesihatan tubuh. Namun pengambilan buah-buahan sejurus selepas makan boleh mengganggu sistem penghadaman. Sebaiknya, ambil buah sebelum makan makanan berat ataupun 30 minit selepas makan.
4. Mandi
Proses penghadaman memerlukan tenaga dan pengaliran darah ke bahagian organ terlibat antaranya perut dan usus. Apabila anda mandi selepas makan, ia akan menyebabkan darah mengalir ke anggota-anggota tubuh yang lain kecuali perut seterusnya mengakibatkan ketidakhadaman.
Sebaiknya, mandi sebelum makan atau tunggu 30 hingga 45 minit selepas makan.
5. Berjalan-jalan
Sebelum ini kita sering mendengar sebaiknya kita perlu berjalan-jalan selepas makan bagi membantu penghadaman. Namun tahukah anda, berjalan sejurus setelah makan akan menyebabkan refluks asid, iaitu situasi di mana asid perut masuk ke saluran esofagus. Oleh itu, anda disarankan untuk tunggu
6. Berus gigi
Gambar hiasan. (Kredit: Friendly Dental Group)
Menurut Mayo Clinin, makanan berasid seperti buah-buahan sitrus boleh melemahkan enamel gigi. Memberus gigi sejurus setelah makan boleh menyebabkan enamel gigi terhakis. Oleh itu, kita disarankan untuk menunggu sekurangnya 30 minit selepas makan sebelum memberus gigi.
7. Longgarkan tali pinggang
Akhir sekali, anda diingatkan agar tidak melonggarkan tali pinggang ketika makan. Jika anda rasa perut terlalu sendat hingga perlu melonggarkan tali pinggang, hal ini menandakan bahawa anda telah makan terlampau banyak.
Sumber: University of Rochester Medical Center, Lifealth, DEMIC, Mayo Clinic, Cornerstone Dentis
Wednesday, August 14, 2019
Kajian - Tidur Di Waktu Siang Petanda Awal Penyakit Nyanyuk
Tidur penting untuk memastikan tubuh dapat berfungsi dengan baik. Namun tidur yang berlebihan boleh menjadi petanda yang kurang baik bagi kesihatan fizikal dan mental.
Penyelidik mendapati tidur berlebihan di siang hari berpotensi menjadi petanda masalah ingatan pada masa akan datang.
Menurut kajian, individu yang berpotensi mendapat Alzheimer akan mengalami gangguan tidur pada waktu malam. Hal ini berlaku akibat pengecutan neuronpada bahagian otak yang membantu seseorang untuk mendapatkan tidur berkualiti.
Pengecutan neuron akibat Alzheimer menyebabkan individu tersebut tidak dapat tidur dengan baik pada waktu malam.
Justeru, tidur berlebihan pada waktu siang setelah kekurangan tidur malam menandakan kemungkinan masalah Alzheimer seseorang.
“Kajian kami membuktikan bahagian otak yang mempengaruhi daya kecergasan mengalami degenerasi akibat pengumpulan tau, protein yang menyumbang kepada degenerasi otak, menjadi petanda awal penyakit tersebut,” kata Profesor Madya Lea T. Grinberg, pakar neurologi dan patologi di UCSF Memory and Aging Center.
Dalam satu kajian berkenaan Alzheimer dan Dementia diterbitkan pada 12 Ogos baru-baru ini, penyelidik mengkaji kandungan protein tau dan bilangan neuron dalam tiga bahagian otak yang berperanan mengawal kecerdasan (wakefulness) iaitu locus coeruleus (LC), lateral hypothalamic area (LHA) dan tuberommamillary nucleus (TMN).
Kajian ke atas 13 orang pesakit Alzheimer yang telah meninggal dunia dan tujuh orang subjek yang sihat mendapati pesakit Alzheimer mempunyai pengumpulan tau dalam ketiga-tiga bahagian otak terlibat menyebabkan bahagian terlibat kehilangan sehingga 75 peratus neuron akibat degenerasi.
“Bukan satu nukleus yang mengalami degenerasi, tapi semua rangkaian yang mengawal kecergasan,” kata Oh.
Kajian itu turut mendapati penyakit Alzheimer bermula dengan perubahan mood, keresahan (anixety) dan depresi termasuk gangguan tidur.
Sementara itu, kajian oleh Kolej Perubatan Universiti Washington mendapati individu yang mengalami kualiti tidur yang rendah mengalami penurunan kesihatan otak.
20 tahun sebelum simptom kehilangan memori muncul, protein amyloid akan terkumpul di dalam otak. Rangkaian protein tau akan muncul kemudian, menyebabkan pengecutan di bahagian tertentu otak hingga menyebabkan penurunan kognitif.
Bagi memahami kaitan antara tidur dan Alzheimer, Lucey, David Holtzman, Andrew B, Gretchen P. Jones dan ketua jabatan Neurologi mengkaji 119 individu berusia 60 tahun ke atas yang mana 80 peratus daripadanya mempunyai fungsi kognitif pada tahap normal manakala selebihnya agak lemah.
Penyelidik memerhati waktu tidur subjek di rumah sepanjang minggu menggunakan alat EEG untuk mengukur gelombang otak ketika mereka tidur dan sensor pada pergelangan tangan untuk memantau pergerakan badan.
Mereka juga merekodkan sesi tidur pada waktu malam dan siang. Hasilnya, mereka mendapati kualiti tidur yang rendah berkait dengan tahap tau yang tinggi di dalam otak.
Rupanya 8 Bunga Ini Boleh Dimakan Dan Didakwa Mempunyai Khasiat Tinggi Pada Tubuh
Tanaman dan bunga biasanya kita ketahui hanya tanaman di halaman rumah. Kesan segar dan indah dari keduanya sering menjadi pilihan bagi mereka yang inginkan halaman rumah mereka kelihatan lebih hidup.
Setakat ini yang kita ketahui, peranan tumbuh-tumbuhan ini hanyalah sebagai hiasan dan pemberi udara yang sejuk. Tumbuhan ini dianggap berksesan dalam mengurangkan tekanan, mencegah selesma, dan membuang racun di udara sekitar rumah.
Tapi, sebenarnya tumbuh-tumbuhan dan bunga juga boleh dimakan. Sesetengah dari tumbuhan ini diketahui mencetuskan tindak balas alahan apabila dimakan. Namun, sesetengah yang lain juga didakwa baik untuk dimakan.
Berikut merupakan 8 bunga yang selamat untuk dimakan dan memberi khasiat kepada tubuh, dengan merujuk Daily Meal.
1. Calendula
Tanaman emas ini telah menjadii sebahagian daripada keluarga ester. Bunga ini boleh dijadikan sebagai teh atau minyak. Bunga ini juga boleh dimakan langsung. Kelopak bunga ini boleh menjadi sajian salad atau dihidangkan dengan cara dipanggang.
Bunga ini berfungsi untuk merawat sengugut haid, sakit tekak, kanser, ulser, buah pinggang, cacar dan penyakit kuning.
2. Echinacea (Coneflower)
Echinacea biasanya dijadikan teh atau ekstrak dalam bentuk serbuk. Caranya sangat mudah, keringkan bunga, kemudian hidangkan sesuai apa yang anda inginkan.
Bunga ini juga boleh menjadi herba tahan udara panas. Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk melawan gangguan sistem pencernaan, jangkitan pundi kencing dan selesma.
3. Dandelion
Bunga cantik berwarna kuning cerah ini juga boleh dimakan. Apabila bunga ini menjadi layu, bunganya akan diterbangkan bersama angin.
Benih putih halus yang terdapat pada bunga ini merupkan vitamin A, C dan K yang sangat baik untuk tubuh. Dalamnya juga tersimpan sedikit vitamin E dan B.
Kandungan lainnya ialah, zat besi, kalsium, magnesium dan kalium. Bunga ini juga diketahui memiliki tahap antioksidan yang tinggi serta anti-radang.
Boleh juga digunakan sebagai bahan dalam salad, sup dan teh.
4. Bunga Raya (Hibiscus)
Bunga berwarna merah jambu terang ini tumbuh di kawasan tanah tropika, seperti Indonesia dan juga Malaysia.
Popularitinya di dunia masakan meningkat secara drastik semenjak beberapa tahun kebelakangan ini kerana rasanya yang lazat dan tahap vitamin V yang tinggi.
Bunga ini biasanya ditemui dalam teh dan koktel. Gunakan juga bunga ini sebagai alternatif pencuci mulut.
Beberapa penyelidikan menunjukkan bunga raya boleh membantu mengubati penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan kolestrol.
5. Lavender
Lavender ini biasanya digunakan sebagai wangi-wangian, tapi juga mempunyai manfaat untuk tubuh jika dimakan. Bunga ini boleh dicampur menjadi minyak penting yang dipercayai dapat membantu mengatasi kegelisahan, jangkitan kulat dan keguguran rambut.
Meski minyak penting lavender tidak boleh dimakan, tapi anda boleh mendapatkan manfaat lavender sebagai pelengkap kepada herba, teh, koktel, pasta, sos salad dan pencuci mulut.
6. Mawar (Roses)
Bunga mawar biasanya digunakan sebagai hiasan atau hadiah untuk insan tercinta. Namun, siapa sangka jika mawar ini juga boleh dimakan?
Mawar mengandungi vitamin C yang bermanfaat untuk tubuh. Gunakan mawar untuk membuat jem, sup dan teh. Air maar juga boleh digunakan sebagai pelengkap rasa dalam hidangan makanan dan minuman.
7. Bunga Matahari (Sunflowers)
Bunga matahari sangat popular dengan bijinya yang boleh dimakan, secara keseluruhan yang biasa disebut sebagai kuaci.
Namun, selain bijinya boleh dimakan, ia juga boleh dihancurkan dan dijadikan serbuk untuk membuat roti.
Tunas bunga muda boleh dikukus dan dimakan. Sementara kelopak, daun dan akarnya boleh dihidangkan sebagai teh.
8. Nasturtium
Semua bahagian dari bunga ini diketahui boleh dimakan. Bahkan bunganya sering digunakan sebagai salah satu kandungan dalam hidangan salad.
Nasturtium mengandungi 130 miligram vitamin C setiap 100 gram dan 45 miligram lutein. Pemakanan dalam nasturtium diketahui mampu menjangkakan gangguan mata, kanser, diabetes dan penyakit jantung.
Thursday, August 8, 2019
Sedap Tapi Pedas, Ini Dia Rahsia Di Sebalik Makanan Pedas Yang Ramai Tidak Tahu
Makanan pedas sering menjadi pilihan sesetengah orang kerana rasanya boleh menambah selera ketika dijamah. Walaupun rasanya boleh menyebabkan anda menitiskan air mata, namun ianya tidak menjadi penghalang kepada penggemarnya untuk terus menikmati.
Namun, tidak semua penggemar makanan pedas mengetahui punca sebenar rasa pedas yang dirasakan pada bahagian lidah mereka. Melalui perkongsian menerusi laman Facebook, seorang wanita menyingkap ‘situasi’ itu.
"CILI DAN RASA PEDAS
Harini saya cuba menu baru ayam goreng McD 3x pedas. Fuh! Pedas dia memanglah boleh tahan. Tambah pula terkena pada bahagian lidah yang cedera dik kerana menghirup bubur ayam McD .
Tahukah anda apakah punca rasa pedas ini?
Punca rasa pedas dalam cili ialah disebabkan oleh kehadiran bahan kimia semulajadi iaitu capsaicin (rujuk gambar molekul di bawah). Ianya merupakan bahan kimia utama dalam cili yang memberikannya rasa pedas. Maka, semakin banyak kandungan capsaicin dalam cili, semakin pedas rasa cili tersebut.
Apakah sifat kimia capsaicin?
Capsaicin merupakan bahan kimia dari kumpulan berfungsi alkaloid yang dikenali juga dengan nama capsaicinoids. Alkaloids biasanya bersifat basic. Namun kerana kehadiran kumpulan carbonyl (C=O) bersebelahan dengan atom nitrogen ( N) dalam struktur kimia capsaicin menyebabkannya bersifat acidic (rujuk gambar molekul di bawah).
Untuk bacaan lebih lanjut dalam klasifikasi asid dan bes bahan serta kaitannya dengan bahan kimia capsaicin.
Capsaicin diasingkan dari cili dan dikenali pertama kali pada tahun 1876. Struktur kimia capsaicin mempunyai ekor panjang yang bersifat hydrophobic (tidak memggemari air) yang membolehkannya larut dalam minyak, lemak atau larutan organik.
Semasa makan ayam goreng McD 3x pedas ini, bahan kimia capsaicin yang terkandung dalam perencah tepung gorengan akan membuat ikatan dengan tisu kulit dalam mulut kita. Ikatan ini akan mengaktifkan protein yang bertanggungjawab untuk mengesan rasa panas dan sakit sederhana di kulit lalu menghantar maklumat ke otak. Otak akan mentafsir ianya sebagai rasa panas. Mekanisma ini akan membuatkan kita berasa pedas aka “burning sensation”.
Selain daripada rasa pedas di mulut, kesan pengambilan capsaicin boleh menyebabkan sakit perut kepada sesetengah individu. Untuk mengurangkan kesan ini, anda bolehlah ambil makanan pedas bersama dengan susu (saya biasa dengan susu segar).
Ini kerana susu mengandungi lemak protein casein yang boleh meneutralkan capsaicin. Maka cepatlah hilang rasa pedas di mulut dan kuranglah rasa sakit perutnya.
*Semoga bermanfaat*
Walau bagaimanapun, rasa pedas masih mempunyai ramai peminat yang tidak henti-henti mendapatkannya. Oleh itu, tidak hairanlah kebanyakan masakan pedas sering menjadi tumpuan ramai orang terutamanya di kedai-kedai makan.
Menurut Doktor, Sering Kebas Kaki Dan Tangan? Ini Mungkin Penyebabnya.....
Pemakanan yang bernutrisi dan seimbang amat penting bagi memastikan badan sihat dan kuat. Kekurangan nutrisi boleh menyebabkan pelbagai masalah seperti beguk, kekejangan otot, skurvi dan sebagainya.
Badan kita merupakan indikator menunjukkan tahap kesihatan dalaman kita samada kita mendapat nutrisi yang cukup ataupun tidak. Oleh itu, jangan abaikan petanda-petanda fizikal yang dirasai oleh tubuh badan kerana sekiranya kita mengabaikannya, kita mungkin terlepas pandang masalah dalaman yang lebih besar.
Kita boleh ‘melupakan’ rasa sakit itu, tetapi masalah itu tetap ada walaupun kita tidak mengendahkannya.
Salah satu masalah yang sering kita hadapi dan ambil mudah ialah rasa kebas pada anggota badan. Baru-baru ini, Doktor telah mendedahkan punca kekebasan anggota badan yang membuatkan anda rasa seperti dicucuk-cucuk. Berikut ialah penerangannya.
Kekurangan mineral seperti kalsium, kalium, natrium atau di dalam badan boleh menyebabkan rasa kebas.
Isyarat yang dibawa oleh saraf dihantar memerlukan mineral sodium (natrium), potassium (kalium) dan kasium. Apabila seorang individu ini tidak cukup tahap mineral-mineral tersebut dalam tubuh, ia akan menyebabkan isyarat yang dibawa ditafsirkan secara rambang. Ini menyebabkan sentuhan yang ringan pada kulit, menyebabkan otak kita menerima isyarat yang dibawa sebagai rasa mencucuk-cucuk.
Seorang pesakit ada berjumpa saya kerana mengadu hujung jari tangannya agak kebas.Setiap kali tersentuh kain pakaiannya beliau akan merasa seperti dicucuk jarum. Pemeriksaan dar ah bagi menguji tahap mineral menunjukkan beliau mengalami kekurangan mineral potassium, akibat ginjalnya tidak berfungsi dengan baik.
Apabila ginjal bermasalah, penyerapan semula mineral ini dari air kencing tidak berjalan dengan lancar. Banyak mieral tidak dapat diserap semula dan keluar melalui air kencing.
Ini menyebabkan kandungan mineral tersebut dalam tubuh menjadi rendah. Jika pesakit tidak mengambil makanan yang mengandungi banyak mineral, atau mineral air mineral secukupnya atau tidak mengambil suplemen mineral yang dibekalkan oleh doktor, pesakit akan mengalami rasa kebas, terutama di bahagian hujung jari kaki dan tangan.
#primercherangJB #primercherangKB
#megaboutiqueclinic
Wednesday, August 7, 2019
5 Perkara Yang Menarik Di Klinik Ini. Kenapa Anda Sakit Perlu Datang Ke Sini?
Mengetahui rawatan
yang tepat sekiranya anak anda dijangkiti demam atau mana-mana penyakit
pastinya tempat yang anda akan kunjungi adalah klinik ataupun hospital.
Berjumpa dengan doktor adalah jawapan untuk kesumbuhan daipada mana-mana
penyakit untuk mengetahui penyakit yang anda sedang alami.
Kenapa anda perlu
megunjungi klinik ini. Ini dia beberapa perkara yang pasti membuatkan anda
ingin pergi lagi setelah mendapat rawatan di klinik ini.
Disini dikongsikan beberapa
pekara yang menjadi tarikan bagi pesakit yang dikunjungi di sini.
1) Suasana klinik yang menarik.
Pastinya
kalau anda datang ke sini. Anda pasti teruja dan sedap mata memandang dengan keadaan
di sekeliling klinik ini membuatkan anda rasa selesa. Dengan hiasan yang
dihasilkan dan susunan tempat yang agak teletak membolehkan pesakit yang
dikunjungi terasa selesa bila menunggu panggilan yang akan dipanggil untuk
berjumpa doktor.
2) Doktor dan staf di klinik yang ramah.
Pesakit
yang mana datang ke klinik mahupun hospital. Pastinya anda akan berhadapan
dengan nurse dan dokor disitu anda akan tahu apakah penyakit yang anda sedang
alami. Bila anda dapat doktor yang mesra dan juga nurse sakit anda yang anda
alami mungkin akan dapat disembuh sedikit dengan adanya nurse manis dan doktor
yang manis bila berbicara dengan anda yang nada yang lembut. Pastinya anda akan
dapat berjumpa dengan doctor kental ini yang membuatkan anda tersenyum nanti.
3)
Perkhidmatan
perubatan yang berkualiti.
Kalau
anda ke klinik mahupun hospital anda akan dibekalkan dengan ubat-ubatan bukan.
Di sini pastinya ubat-ubatan yang anda perolehi akan menjamin kesihatan anda.
Setiap penyakit pastinya ada ubatnya. Insyaallah!
Malahan,
disini anda aka nada tempat-tempat seperti x-ray dan tempat untuk pesakit yang
tidak dapat menahan kesakitan yang dialaminya.
4)
Harga
yang berpatutan.
Rata-rata
pesakit akan dipersoalkan isu kos pembiayaan untuk rawatan kesihatan anda. Tak
rugi kalau anda menabur duit untuk kos kesihatan anda demi kesihatan anda
sendiri. Kos yang ditawarkan dimana-mana klinik mahupun hospital pastinya
mengikut penyakit yang anda alami.
5)
Perkhidmatan
klinik yang selesa.
Semestinya
pesakit akan inginkan perkhidmatan di klinik yang selesa dan bermacam-macam
perkidmatan. Di sini anda jangan risau dengan ruang menunggu untuk berjumpa
dengan doktor yang agak selesa. Anda tidak akan bosan menunggunya. Malahan
ruang untuk kanak-kanak menunggu pun ada juga.
Menarik
bukan? Tengok gambar pun dah menarik. Apa tunggu lagi bila sakit berjumpalah
dengan doktor kegemaran anda juga. Anda tidak akan jemu datang ke klinik ini. #primercherangJB #primercherangKB #megaboutiqueclinic
Subscribe to:
Posts (Atom)