Thursday, September 19, 2019

Bangga, Malaysia Negara Kedua Tertinggi Carian Makanan Tersedap Dunia



Bagi kebanyakan orang, menikmati sesuatu makanan ataupun masakan yang enak dapat memberi kepuasan yang tidak terhingga. Disebabkan itu, ada yang sanggup ‘travel’ hingga ke luar negara untuk menikmati sesuatu juadah makanan yang hanya boleh didapati di kawasan itu sahaja. Selain menikmati makanan tempatan, seseorang pelancong juga dapat mempelajari tradisi yang berbeza menerusi penyediaan makanan bagi sesuatu tempat.


Jangan terkejut, Malaysia turut disenaraikan sebagai negara dengan tangga tertinggi yang mempunyai makanan paling sedap di dunia.  Nak tahu makanan apa lagi? Baca ni.
10. Dim Sum (Hong Kong)
Dim Sum merupakan sejenis masakan Cina dengan hidangan ringan yang dihidang bersama teh Cina. Hidangan ini biasanya disajikan dalam bakul pengukus kecil atau di atas pinggan kecil. Bagi masyarakat Cina, mereka akan menjadikan Dim Sum sebagai hidangan bagi perayaan khas seperti Hari ibu atau Tahun Baru Cina.
9. Pizza Magherita (Naples)
Pizza Margherita merupakan sejenis pizza Neapolitan biasa yang dibuat dengan tomato San Marzano, mozarella keju, kemangi segar, garam dan minyak zaitun tambahan.
8. Bibimbab (Seoul)
Bibimbap merupakan masakan Korea yang berupa  nasi putih dengan lauk di atasnya berupa sayur-sayuran, daging sapi, telur dan sos pedas gochujang. Makanan ini turut dikenali sebagai nasi campur dengan cara mengaulkan nasi dan lauk sebelum ianya dijamah.
7. Crayfish (Kaikoura)


Crayfish merupakan lobster air tawar yang sangat terkenal di Eropah disebabkan dagingnya yang enak. Pada waktu ini, lobster sudah dinikmati oleh pelbagai golongan berikutan penularan rasanya yang begitu enak. Namun, masakan Crayfish yang terdapat di Kaikoura menjadi pilihan utama Lonely Planet untuk dinikmati oleh anda.
6. Smorrebrod (Copenhagen)
Smorrebrod merupakan sandwich tradisional Skandinavia yang biasanya terdiri daripada sekeping roti yang turut dihidang bersama kepingan daging atau ikan dan keju. Makanan ini juga dikenali sebagai roti lapis yang sangat terkenal di Copenhagen.
5. Som Tum (Bangkok)
Som Tum merupakan makanan yang berasaskan buah betik bersama salad hijau pedas yang belum di masak. Makanan ini dihidangkan dengan hirisan yang halus dan ianya sangat terkenal di Bangkok.
4. Sushi (Tokyo)
Sushi merupakan makanan khas bagi negeri Jepun yang terdiri daripada nasi dan ianya dibentuk bersama lauk yang terdiri dripada makanan laut, daging, sayuran mentah atau yang sudah dimasak. Walaupun makanan ini sudah tersebar di seluruh dunia terutamanya negara Asia, namun keaslian rasanya hanya boleh di dapati di Tokyo, Jepun.
3. Beef Brisket (Texas)
Daging brisket merupakan makanan yang berasaskan daging dari bahagian penyambung yang kuat antara daging dan kaki depan lembu. Bagi memasak juadah ini, ianya memerlukan kesabaran yang tinggi supaya hasilnya memuaskan setiap orang yang menikmatinya.
2. Laksa Kari (Malaysia)
Laksa kari yang sememangnya terkenal di Malaysia  merupakan makanan yang berasaskan mi yang dihidang bersama kuah kari yang pedas. Ianya juga dikenali oleh kalangan rakyat Malaysia sebagai Mi Kari yang mengandungi bahan-bahan seperti ayam, udang dan ikan.
  1. Pinxtos (San Sebastian)
Pinxtos yang turut dikenali sebagai Pincho merupakan snek kecil yang kebiasaannya dimakan di dalam bar terutamanya di Basque.. Makanan ini juga dianggap sebagai makanan budaya bagi masyarakat di sana.

”Free Sugar Tak Bermakna Takda Gula”, KKM Kongsi 36 Nama Lain Gula Yang Dalam Produk Makanan


Makanan dan minuman manis memang sedap, tapi jika diambil berlebihan, besar akibatnya. Menjaga pemakanan sebelum sakit lebih mudah berbanding terpaksa menjaga makan ketika sudah jatuh sakit.
Salah satu cara menjaga pemakanan ialah dengan mengelakkan makanan yang mengandungi gula tambahan. Banyak produk makanan atau minuman yang mendakwa tidak mengandungi gula, tapi sebenarnya masih mengandungi gula – cuma namanya sahaja kita tidak ketahui.
Berikut merupakan 36 nama lain bagi gula (termasuk gula semula jadi) yang dikongsikan oleh Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia. 
Jangan lupa teliti bahagian ‘Maklumat Pemakanan’ sesuatu produk ya. Ia mungkin mengandungi pelbagai gula walaupun tiada perkataan “gula” di bahagian ramuan
  1. Gula merah
  2. Nektar
  3. Galaktosa
  4. Krimer manis
  5. Gula Aising
  6. Gula Perang
  7. Laktosa
  8. Mannitol
  9. Agave
  10. Laktosa
  11. Dekstrosa
  12. Golden Syrup
  13. Madu
  14. Dekstrin
  15. Maltosa
  16. Maple Syrup
  17. Fruktosa
  18. Corn Syrup
  19. Gula Melaka
  20. Bit
  21. Molases
  22. Xylose
  23. Sorbitol
  24. Saccharose
  25. Sirap malt
  26. Jus tebu
  27. Gula Kabung
  28. Sirap glukosa
  29. Karamel
  30. Kastor
  31. Barley Malt
  32. Maltodekstrin
  33. Sirap kurma
  34. Gula batu
  35. Glukosa
  36. Sukrosa
  37. Gula putih

Jerebu Kian Teruk, Mengapa Masih Ada Sekolah Belum Ditutup?



Keluar sahaja rumah atau buka sahaja jendela, sudah pasti anda akan terganggu dan terjejas dengan asap tebal ekoran masalah jerebu kini yang kian teruk dari hari ke hari. Sehingga saat ini, terdapat 29 kawasan di negara kita yang mencatatkan kualiti udara tidak sihat (25), sangat tidak sihat (3) dan bahaya (1), menurut Laporan Jabatan Alam Sekitar.


Keadaan ini sangat membimbangkan terutamanya buat bayi dan kanak-kanak yang sememangnya memerlukan perhatian yang lebih khusus daripada ibu bapa. Jika semakin teruk, sekolah perlu ditutup bagi mengehadkan waktu kanak-kanak berada di luar rumah kerana mereka sangat mudah dijangkiti.
Pun begitu, masih ada sekolah yang belum ditutup walaupun masalah jerebu kian teruk. Apakah yang menyebabkan perkara ini berlaku? Ikuti perkongsian oleh Hello Doktor seperti di bawah
Sebelum itu, ibu bapa perlu tahu bahawa jerebu bukan merupakan satu masalah yang ringan kerana ia sebenarnya adalah berbahaya buat si kecil anda sehingga boleh mengakibatkan kematian! Menurut satu kes terbaharu di Palembang, Indonesia, seorang bayi berusia 4 bulan meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di Rumah Sakit Ar-Rasyid. 

Selepas siasatan, bayi bernama Elsa Fitaloka ini meninggal dunia akibat jangkitan saluran pernafasan, dikhuatiri disebabkan oleh masalah jerebu yang sangat teruk di sana. Elsa pada mulanya mengalami sesak nafas dan hanya dirawat di rumah. Namun selepas melihat keadaannya semakin teruk, ibu bapanya terus membawa dia ke hospital. 
Menurut doktor, kematiannya berkemungkinan tinggi berpunca daripada bakteria, namun masih belum dimuktamadkan kerana masih memerlukan pemeriksaan lanjut. Pun begitu, ibu bapanya mempercayai bahawa kematiannya adalah disebabkan oleh jerebu ekoran daripada aktiviti ‘karhutla’ atau kebakaran hutan dan lahan.
Jadi, ibu bapa sewajarnya lebih berjaga-jaga dan tidak hanya beranggapan bahawa jerebu ini adalah masalah yang hanya boleh diselesaikan dengan pemakaian topeng muka semata-mata.

Lagi sekolah ditutup kerana bacaan IPU tinggi

Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), sebanyak 531 sekolah telah ditutup membabitkan 363,991 pelajar iaitu di Sarawak (298), Negeri Sembilan (63), Selangor (145) dan Putrajaya (25). Pihak mereka turut menasihatkan orang ramai khususnya yang tinggal di kawasan dengan IPU tinggi untuk mengurangkan aktiviti di luar rumah. Sebagai langkah pencegahan awal, sila pastikan anda gunakan topeng muka dengan cara yang betul.
Sekiranya sekolah telah ditutup dan anak mereka tidak perlu lagi hadir ke sekolah untuk sekian waktu yang ditetapkan, sudah pasti ibu bapa akan berasa sedikit lega.

Pun begitu, masih ada sekolah yang belum ditutup meskipun jerebu di kawasan itu kian teruk. Apakah sebabnya?

Seperti kes yang berlaku di Melaka, sebanyak 315 buah sekolah di negeri itu diputuskan untuk tidak ditutup kerana situasi jerebu di sana direkodkan semakin baik. Ini menunjukkan bahawa tahap keterukan jerebu tidak boleh ditentukan dengan mata kasar sahaja.
“Melihat kepada Laporan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang merekodkan bacaan kualiti udara semakin menurun, pihak kami memutuskan tiada keperluan untuk penutupan semua sekolah di negeri Melaka”, kata Datuk Abu Bakar Sahari, Pengarah Pendidikan Negeri.
Konklusinya, sekolah hanya akan ditutup jika bacaan IPU mula mencecah paras tidak sihat yang telah ditetapkan. Keputusan ini perlu disambut baik oleh ibu bapa kerana ia sebenarnya turut melibatkan nyawa anak anda. Paling penting, ibu bapa harus kurangkan membawa bayi dan kanak-kanak keluar dari rumah terutamanya jika anda tinggal di kawasan dengan IPU yang tidak sihat. Lebih baik mencegah daripada mengubati, bukan? 

Sunday, September 8, 2019

Ingat Jadi Pewangi Dan Perasa Makanan Je, Ramai Terkejut Lepas Tahu 10 Fungsi Luar Biasa Daun Pandan Kepada Kesihatan


Di dalam kebanyakan masakan tradisional masyarakat kita, daun pandan sangat popular sebagai bahan pewangi dan perasa. Namun, tahukah anda sebenarnya tumbuhan ini bukan sahaja boleh berfungsi untuk tujuan itu semata-mata, tetapi mempunyai pelbagai manfaat lain terhadap kesihatan.
Ada di antaranya tidak terjangkakan pun oleh kita akan manfaatnya kepada kesihatan. Nak tahu lebih lanjut mengenai fungsi dan kebaikan daun pandan? Jom ikuti perkongsian oleh Hello Doktor seperti di bawah. Lepas ni, dah boleh tanam pokok pandan di rumah banyak-banyak ye!

Apa itu daun pandan?

Ia adalah tumbuhan semula jadi yang berasal dari Asia Tenggara dan sangat popular di negara Malaysia, Indonesia, Thailand dan negara serantaunya. Ia kebiasaannya digunakan sebagai pembalut makanan tradisional kita iaitu nasi lemak dan ayam kapitan, lauk-pauk seperti daging, ayam atau ikan sebelum dipanggang atau distim selain juga merupakan intipati utama dalam manisan seperti kek dan pau serta dalam minuman seperti air sirap.
Persoalannya, mengapakah tumbuhan ini yang digunakan dan bukannya tumbuhan lain? Jawapannya adalah kerana rasa, bau dan aromanya yang wangi, kuat dan menyelerakan.

Apa nama lain bagi daun pandan?

Ia adalah tumbuhan yang berasal dari keluarga tumbuhan Pandanaceae dan mempunyai beberapa jenis iaitu Pandanus amaryllifoliusPandanus odoratissimusPandanus latifolius dan Pandanus veitchii. Masyarakat Melayu sudah pasti akan mengenali tumbuhan wangi ini sebagai daun pandan.
Di Malaysia, ia secara umumnya dikenali sebagai daun pandan meskipun kita hidup berbilang bangsa, begitu juga dengan Indonesia.

Apa deskripsi daun pandan?

Ia berbentuk panjang, kurus, tirus dan berwarna hijau. Ia boleh dipasarkan melalui beberapa cara iaitu, secara segar, kering atau sejuk beku. Daun dan bunganya juga biasanya hadir dalam bentuk ekstrak yang berwarna hijau terang. Untuk pengetahuan anda, daun yang telah kering agak kurang wangi berbanding daun yang masih segar. Oleh itu, ia perlu direbus untuk mengeluarkan aromanya. Daunnya yang masih segar mempunyai rasa manis seperti susu, vanila atau kacang. Daun yang telah kering pula tidak mempunyai sebarang rasa. Bunganya berwarna kuning keemasan dan mempunyai aroma yang manis, wangi dan kuat.
Disebabkan warna adalah salah satu karakteristik yang sangat penting, ia perlu dikeringkan dengan berhati-hati untuk mengekalkan warnanya yang hijau dan aromanya yang unik. Daunnya selalunya akan dipotong kepada bahagian yang tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil sehingga ia mudah dimasukkan ke dalam masakan. Daunnya yang segar biasanya akan dihancurkan atau direbus untuk mengeluarkan ekstrak yang biasa digunakan di dalam manisan.

Manfaat daun pandan terhadap kesihatan

Meskipun umum mengetahui daun pandan adalah pewangi dan perasa masakan semula jadi yang akan memberikan aroma yang menyelerakan, sebenarnya ia juga turut hadir dengan pelbagai lagi manfaat buat kesihatan tubuh badan anda.

1. Membantu meningkatkan selera makan

Semua individu pasti pernah mengalami kekurangan selera makan, bukan? Ini mungkin berlaku disebabkan oleh masalah dalam perut atau oral anda. Tubuh badan kita memerlukan nutrisi yang secukupnya untuk terus hidup dengan sihat dan kurang makan akan menyebabkan kita lebih terdedah kepada penyakit.

2. Membantu melegakan pening kepala

Pening kepala sememangnya akan mengganggu aktiviti harian anda. Jika anda kerap mengalaminya, cuba masukkan tumbuhan wangi ini ke dalam makanan atau minuman anda seperti di dalam air sirap atau nasi. Ini kerana ia boleh dijadikan alternatif kepada ubat yang mungkin mempunyai kesan sampingan yang negatif kepada tubuh badan anda.

3. Membantu melegakan kesakitan tubuh badan

Tumbuhan wangi ini mengandungi laxative yang boleh berfungsi untuk melegakan kesakitan pada kepala, telinga, dada dan arthritis. Selain itu, ia juga boleh melegakan sakit perut yang boleh jadi punca infeksi atau inflamasi. Bagi para ibu pula, pengambilan ekstraknya juga boleh membantu pemulihan selepas bersalin atau semasa berpantang.


4. Membantu menghalang dan merawat sembelit

Sembelit adalah salah satu daripada masalah penghadaman. Ia akan menyebabkan individu mengalami masalah untuk membuang air besar. Jika anda mengalaminya, anda boleh cuba ambil ekstrak tumbuhan wangi ini kerana ia terbukti boleh menyahtoksik tubuh badan anda sekiranya diambil secara tetap dan kerap.

5. Membantu merawat insomnia

Insomnia adalah masalah kesihatan yang agak sukar untuk dikawal dan dirawat. Kebiasaannya, ia akan berlaku kepada individu yang tertekan dari segi mental dan fizikalnya. Jadi, tambahkan tumbuhan wangi ini ke dalam masakan anda untuk merawat insomnia anda. Ia terbukti sangat bagus untuk kesihatan kita kerana ia mengandungi sebatian alkaloid yang boleh membantu memberi kesan lega terhadap tubuh badan. Disebabkan itu, ia boleh menenangkan anda lalu memudahkan anda untuk tidur dengan lena.

6. Membantu merawat stres dan kegelisahan

Daun pandan juga sebenarnya bermanfaat untuk merawat masalah berkaitan mental iaitu stres dan kegelisahan. Individu mungkin akan mengalami kegelisahan jika sedang berdepan dengan situasi yang anda tidak suka seperti bercakap di hadapan orang ramai atau sebagainya. Dikatakan, pengambilan tumbuhan wangi ini yang telah dibrukan dan dicampurkan bersama air suam boleh membantu merawat masalah ini. Ambil ia 2 atau 3 kali sehari sehingga anda mula berasa lega.

7. Membantu mengawal hipertensi

Hipertensi adalah gangguan di dalam saluran darah yang akan menyebabkan tekanan darah tinggi dan melebihi paras normal iaitu 110 hingga 120 atau 90mmHg. Gangguan ini boleh disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, obesiti, tekanan dan gaya hidup. Pengambilannya dikatakan mampu mengurangkan tekanan darah. Cukup sekadar jadikannya sebagai minuman atau campurkannya ke dalam makanan anda. Jika diambil secara kerap, ia boleh menghalang sakit jantung seperti coronary artery disease (CAD).

8. Membantu mengawal diabetes

Diabetes adalah penyakit yang disebabkan oleh kekurangan penghasilan insulin dalam tubuh badan yang berfungsi untuk menyerap glukosa. Ini akan menyebabkan ekstrak glukosa yang tidak dapat diserap ini terkumpul dalam saluran darah jika tidak dirawat dengan segera. Salah satu rawatan diabetes adalah menggantikan gula dengan daun pandan apabila membuat air. Tumbuhan wangi ini akan membuat minuman anda lebih segar dan lebih rasa tanpa menggunakan gula.

9. Membantu melegakan rheumatism

Rheumatism adalah penyakit yang menyebabkan kesakitan atau kebengkakan pada otot atau sendi atau inflamasi. Ia disebabkan oleh makan makanan yang tinggi kandungan asid urik seperti bayam, kerang, udang, ikan dan daging merah. Selain itu, ia juga mungkin berlaku disebabkan oleh gaya hidup seperti minum alkohol. Faktor usia juga merupakan antara salah satu sebab terjadinya penyakit ini.

10. Membantu mencegah kanser

Menurut kajian yang dilakukan pada tahun 2014, ekstrak daripada akar dan daun pandan mengandungi cytotoxicantimioticantiproliferative dan apoptotic. Ini menjadikan tumbuhan wangi ini mempunyai potensi untuk digunakan sebagai terapi kanser, sesuai dengan penggunaannya secara tradisi buat masa yang sangat lama. Jadi, ia mungkin membantu dala mencegah kanser kerana ia sangat efektif dalam melawan kanser.

Didakwa Terlalu Kerap Makan ”Junk Food”, Pemuda Ini Menyesal Hilang Penglihatan Di Usia Muda


Seorang remaja berumur 19 tahun yang berasal dari London menjadi buta dipercayai akibat terlalu suka makan makanan ringan.
Dia dikatakan sangat memilih makanan sejak kecil dan hanya memakan makanan ringan seperti kentang goreng, kerepek serta daging yang telah diproses pada kebanyakan masa.
Selain itu, remaja tersebut didakwa amat jarang sekali mengambil makanan berkhasiat dan bervitamin seperti sayur dan buah-buahan sejak 10 tahun yang lalu.
Doktor yang merawatnya memberitahu, dia mula kehilangan penglihatannya secara perlahan-lahan pada usia 14 tahun akibat kekurangan khasiat seperti vitamin B12, vitamin D dan zat besi.
Selain daripada penglihatan, remaja itu juga dikatakan turut mengalami masalah pada pendengaran serta masalah tulang.
Para doktor yang terlibat dalam merawatnya telah menyuntik vitamin B12 ke dalam badan remaja berkenaan dan menasihatkannya untuk mula mengubah diet pemakanannya.
“Dia telah hilang sumber mineral dari tulangnya, agak mengejut ia berlaku pada usianya yang sangat muda,” kata doktor.
#primercherangjb
#primercherangkb

Adakah Susu Kambing Sesuai Diberikan kepada Bayi Baru Lahir, Ikuti Penjelasan Doktor Ini


Kambing adalah sejenis haiwan berkaki empat yang mempunyai pelbagai khasiat. Selain mempunyai pelbagai khasiat, dagingnya juga amat sedap dinikmati dan mempunyai penggemarnya yang tersendiri. Bagi orang islam, kambing juga adalah salah satu makanan sunnah. Setiap bahagian yang terdapat pada kambing mempunyai manfaatnya yang tersendiri.
Lazimnya, susu yang banyak dijual di pasaran ialah susu lembu. Tidak dinafikan bahawa susu lembu amat sedap untuk dinikmati. Namun hanya segelintir daripada kita sahaja yang pastinya tidak tahu akan khasiat yang terkandung dalam susu kambing. Susu kambing ini agak sukar untuk didapati kerana tidak ramai penggemarnya berbanding susu lembu. Bagi kaum ibu yang baru melahirkan anak pula, pasti ada yang tidak mampu mengeluarkan susu badan sendiri.
Justeru daripada itu, pasti ramai yang memilih untuk menggunakan susu kambing untuk diberikan kepada anak mereka kerana beranggapan bahawa susu kambing ini sangat bagus diberi kepada bayi mereka. Namun begitu, tahukah anda bahawa, susu kambing ini tidak sesuai untuk diberikan kepada bayi. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti artikel mengenai isu ini seperti yang telah dikongsikan oleh HelloDoktor ini:
Jika anda seorang ibu dan berdepan dengan masalah untuk menyusukan bayi anda dengan susu badan, mungkin anda pernah dicadangkan atau mendengar mengenai saranan untuk memberikan bayi anda susu kambing. Tetapi, sesuaikah susu kambing untuk bayi? Ikuti perkongsian artikel berikut untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
Susu kambing sememangnya mengandungi khasiat yang baik untuk badan manusia dan bagi individu yang beragama Islam, memberi anak meminum susu kambing adalah dikatakan mengikut sunnah Nabi. Berikut adalah beberapa kebaikan susu kambing yang baik untuk kesihatan badan, antaranya:
  • Sistem penghadaman

Susu yang dihasilkan daripada kambing berbeza dari segi kandungan proteinnya berbanding susu lembu. Susu daripada kambing mengandungi kandungan kasein yang lebih rendah, menjadikan kadar proteinnya lebih tinggi.

          Alahan

Keadaan intolerans laktosa adalah disebabkan oleh kekurangan enzim lactase dalam badan seseorang itu. Enzim ini berfungsi untuk menghadam gula utama dalam susu iaitu laktosa. Apabila seorang penghidap intoleransi laktosa (alahan susu) mengambil susu, laktosa yang tidak dihidrolisis ini akan ditapai oleh bakteria-bakteria yang terdapat di dalam usus besar.
Proses penapaian ini akan menyebabkan pembentukan gas dan juga pelepasan asid lemak bebas. Tindakan tersebut akan mengakibatkan simptom-simptom seperti kembung perut, cirit-birit, ketidakselesaan perut dan juga kerap membuang angin. Oleh yang demikian, ia dikaitkan dengan masalah intoleransi laktosa yang lebih rendah. Susu yang diperoleh daripada kambing mengandungi laktosa yang lebih rendah berbanding susu lembu.
  • Kandungan mineral dan vitamin

Secara keseluruhan, kandungan mineral dan juga vitamin yang terdapat dalam susu kambing adalah lebih tinggi daripada kandungan mineral dan vitamin yang terdapat dalam susu badan manusia. Susu badan manusia hanya mengandungi satu per empat hingga satu per enam sahaja daripada kandungan kalsium dan magnesium yang terdapat dalam susu yang dihasilkan oleh kambing.
Dari sudut vitamin dan zat-zat lain, susu daripada kambing mengandungi jumlah iodin yang lebih tinggi berbanding susu manusia. Ia juga membekalkan vitamin A dan niacin yang mencukupi, di samping vitamin-vitamin baik yang lain seperti thiamin, riboflavin dan juga asid pantotenik.

Tidak disarankan

Walaupun susu kambing mungkin menawarkan kebaikan dan manfaat yang diperlukan oleh badan, namun menurut Akademi Pediatrik Amerika (AAP), susu kambing adalah tidak disarankan untuk diberikan kepada bayi di bawah usia 1 tahun. Ini adalah kerana sumber nutrisi yang terkandung di dalam susu kambing tidak menepati keperluan dan nutrisi yang diperlukan bayi untuk proses tumbesaran.
Sebaiknya, jika anda tidak dapat menyusukan bayi secara eksklusif, mungkin disebabkan faktor masalah kesihatan, anda disyorkan untuk menggunakan susu formula lembu yang diperkayakan dengan zat besi bagi menggantikan susu ibu.
Sekiranya bayi anda mempunyai alahan atau intoleransi dengan susu lembu, anda perlu berjumpa dengan doktor mahupun pakar pemakanan kanak-kanak untuk berbincang mengenai susu yang sesuai untuk diberikan kepada bayi anda.
Namun, sekiranya anda masih memilih untuk memberikan susu kambing kepada anak anda setelah usianya melebihi setahun, anda adalah dinasihatkan untuk sentiasa memastikan anak anda mendapat nutrisi penting lain yang diperlukan daripada pengambilan makanan lain yang tinggi dengan kandungan folat seperti sayuran berdaun hijau, buah-buahan dan bijirin tinggi kandungan asid folik.
Apa pun susu yang ingin anda berikan, perkara utama yang perlu diberikan perhatian adalah mengenai kesesuaian bayi dengan susu tersebut serta sama ada susu itu memenuhi keperluan nutrisi yang diperlukan untuk perkembangan fizikal dan mental bayi anda.

Tuesday, September 3, 2019

Patutlah Ramai Ketagih Nak Beli Minuman ‘Bubble Tea’ Berulang Kali, Ini Rahsia Yang Ramai Tak Sedar


Minuman boba atau lebih dikenali sebagai minuman bubble tea semakin mendapat sambutan dalam kalangan rakyat Malaysia. Minuman yang dihadiri dengan pelbagai jenis dan nama ini ternyata menjadi minuman popular yang sering menghiasi laman sosial terutamanya bagi golongan muda. Walaupun harganya boleh dikatakan agak mewah, namun sambutan terhadap minuman ini seperti tidak putus-putus.

Sambutan yang menggalakkan ini sudah pastinya mempunyai sebab dan faktor yang tertentu. Oleh itu, Public Health Malaysia menerusi perkongsian mereka di halaman Facebook menerangkan mengenai perkara ini.

Menurut perkongsian tersebut, ketagihan kebanyakan orang terhadap minuman jenis ini adalah disebabkan pelanggan diajar untuk menyedut minuman ini dari dasar. Disebabkan bahagian dasar atau yang paling bawah merupakan lapisan yang tinggi gula dimana gula perang, sirap gula dan bubble berkumpul.
Disebabkan itu, pelanggan akan mendapat nikmat melalui sedutan yang pertama sehingga mempunyai keinginan untuk mendapatkannya pada masa akan datang. Walau bagaimanapun, Public Health Malaysia juga menasihati agar orang ramai supaya mengurangkan pengambilan minuman ini berikutan boleh menyebabkan Diabetes.

Patutlah Ada Gelung Ni, Ternyata Fungsinya Boleh Selamatkan Barang Yang Nak Dibeli

Berkunjung ke pasaraya membeli belah adalah sesuatu yang dilakukan oleh kebanyakan orang sekurang-kurangnya seminggu sekali bagi tujuan untuk membeli pelbagai peralatan rumah terutamanya barangan dapur. Apabila telah memasuki pasaraya yang dipilih, sudah pastinya barangan yang hendak di beli dalam kuantiti yang banyak. Oleh itu, rata-rata pengunjung akan memilih untuk menggunakan troli untuk membawa barangan yang hendak dibeli.
Walaupun telah kerap kali menggunakan troli di pasaraya membeli belah, sedarkah anda terdapat gelung besi tambahan yang kebiasaannya terletak di ruangan tempat duduk kanak-kanak?
Gelung besi yang terpacak itu bukanlah sengaja direka sebegitu, namun terdapat fungsinya yang boleh memudahkan anda serta dapat menyelamatkan anda daripada mengalami kerugian.

Ruang tambahan di dalam troli
Sekiranya anda ingin membeli barangan dengan kuantiti yang banyak dan troli anda sudah hampir penuh, gelung ini sangat berfaedah kepada anda. Perkara ini adalah kerana ianya berfungsi untuk anda menggantungkan beberapa barangan yang telah dibungkus denan plgastik. Walau bagaimanapun, ianya tidak akan menjejaskan ruang pada bahagian lantai troli yang anda gunakan. Oleh itu, anda boleh terus membeli barangan keperluan anda tanpa perlu risau ruangan troli tidak mencukupi.

Jaga kualiti barang daripada rosak dan pecah
Gelung tersebut juga dapat menghalang anda daripada mengalami kerugian akibat daripada barangan yang dibeli rosak kerana berada dalam keadaan bertindih di dalam troli. Dengan memanfaatkan gelung itu, anda boleh mengantungkan barangan seperti roti dan telur dan pastinya ia tidak akan rosak akibat ditindah dengan barangan yang lebih berat.
Sekarang anda sudah mengetahui rahsia disebalik troli yang anda gunakan terutamanya tentang gelung yang terpacak itu. Jadi, selepas ini anda sudah tidak perlu risau sekiranya troli anda penuh atau khuatir barangan yang dibeli akan rosak kerana ditindih oleh barangan lain.
Sumber: Guff

Hairan, Macam Mana Boleh Ada Air Dalam Kelapa? Ini Sebabnya


Slurrppslurrp.. sedapnya air kelapa muda. Ditambah pula dengan hirisan isi kelapa yang lembut dan memikat selera.
Siapa yang tak suka air kelapa muda, kan?
Dikenali sebagai tumbuhan 1000 guna, pokok kelapa mempunyai pelbagai manfaat yang boleh digunakan dari pucuk hingga ke akarnya. Pelepahnya boleh dijadikan lidi, batangnya dijadikan titi manakala di Indonesia, akarnya direbus dan dijadikan minuman herba.
Selain itu, air kelapa juga dijadikan minuman isotonik semulajadi yang mampu menghidrasi tubuh badan.
Pernahkan anda terfikir, bagaimana air kelapa boleh terhasil dalam ruangan tempurung tersebut?
Pohon kelapa, seperti tumbuhan lain, menggunakan buahnya untuk menyimpan air.
Pada awal pembentukan, kelapa hijau mengandungi 500 mililiter (ml) air. Seiring masa, air tersebut menjadi isi yang menebal seperti dapat kita lihat dalam kelapa tua yang mempunyai isi lebih tebal berbanding kelapa muda.
Pengumpulan air penting bagi kemandirian spesies ini. Kebiasaannya, pohon kelapa menghasilkan buah yang sedikit iaitu antara 25 hingga 75 biji buah sahaja setiap tahun. Oleh itu, setiap buah ini perlu menjadi biji benih super seed bagi pokok yang seterusnya.
Buah kelapa perlu melalui keadaan yang sukar antaranya hanyut di dalam laut selama berbulan-bulan. Air di dalam tempurung itulah yang akan membekalkan air dan nutrien bagi tumbesaran anak pokok yang bercambah dari buah tersebut.
Menarik kan, ciptaan Tuhan?
#primercherangjb
#primercherangkb

Jangan Main Bedal, Ini Rupanya Lima Makanan Ibu Mengandung Kena Elak

Apabila seorang wanita mengandung, sedikit sebanyak beberapa perubahan akan berlaku terutamanya daripada segi makanan dan minuman ibu tersebut kerana akan sampai juga kepada bayi di dalam kandungan.

Bagaimana keadaan bayi anda membesar, berkembang, berinteraksi dan bergerak di dalam kandungan bergantung sebahagiannya daripada pemakanan anda. Ini bermakna pemakanan semasa mengandung akan membawa manfaat bukan sahaja untuk masa ini, tetapi juga untuk masa akan datang.

Berikut merupakan beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan oleh ibu hamil :


1. Keju
Ibu hamil perlu mengelakkan diri daripada memakan jenis keju seperti brie, camembert, feta serta pelbagai lagi jenis keju yang mempunyai kaedah salutan yang sama.
Elakkan juga memakan keju biru seperti gorgonzola atau roquefort yang diperbuat daripada kulat yang berfungsi sebagai perisa keju tersebut. Keju jenis ini mengandungi bakteria yang boleh menyebabkan listeriosis.
Meskipun individu dewasa jarang dijangkiti infeksi listeria, ibu yang sedang hamil yang terkena jangkitan ini berisiko mengalami masalah kehamilan seperti keguguran atau kelahiran bayi pramatang.
2. Telur mentah
Demi mengelakkan infeksi salmonella, ibu hamil seharusnya mengelakkan diri daripada makan telur mentah atau sebarang makanan yang diperbuat daripadanya.
Namun begitu, ibu hamil diingatkan untuk tidak makan makanan laut bercangkerang yang tidak dimasak atau separuh masak demi mengelakkan penyakit yang berpunca daripada makanan laut.
4. Ikan yang disalai
Ikan atau makanan laut yang disalai mengandungi jumlah listeria yang sangat tinggi. Oleh itu, ibu hamil seharusnya mengelakkan diri daripada memakan atau membeli ikan yang disalai ini. Jika anda masih ingin memakannya, pastikan anda memasak ikan yang disalai ini dengan secukupnya terlebih dahulu.
5. Daging mentah
Ibu hamil seharusnya lebih berhati-hati apabila memakan daging yang kelihatan masih mentah. Sebagai contoh, sosej, salami, chorizo, pepperoni atau daging cincang selalunya tidak dimasak dengan sepenuhnya. Ini menyebabkan makanan jenis ini masih mempunyai kandungan bakteria dan parasit yang tinggi.
Sumber : Hello Doktor