Tuesday, November 19, 2019
5 Jenis Perut Buncit Yang Selalu Dialami Perempuan, Perempuan Patut Ketahuinya.
Kalau dengar perkataan ‘buncit’ je mesti terbayangkan orang gemuk atau berbadan besar. Tapi anda pernah terfikir tak kenapa individu kurus pun ada juga yang buncit ?
Ramai yang tidak tahu bahawa buncit ada kategorinya yang tersendiri dan berat yang berbeza.
5 jenis buncit ini selalu dialami oleh wanita. Cuba tengok yang mana satu yang kena dengan anda, mungkin anda sedang mengalaminya.
1. Perut Ibu (Mummy Tummy)
Selepas tiga bulan bersalin, perut anda akan masih kelihatan seperti anda hamil. Bahagian perut akan kendur, menggelebe dan juga tiada bentuk. Hal ini disebkan otot-otot terbahagi yang menyebabakan rahim dan perut anda melebar ikut perkembangan bayi.
Perkara ini dapat diatasi secara semulajadi dan memakan masa lima hingga tujuh bulan sebelum peut anda kembali seperti biasa.
2. Perut Stress ( Stress Tummy )
Stress juga menyebabkan perut buncit. Ramai yang terlepas pandang akan perkara ini. Buncit jenis ini hanya menunjukkan perut menonjol dari bahagian bawah payudara tapi tidak sampai ke bawah perut.
Menurut Dr Marilyn Glnevile penulis Fat Around the Middle, penyebab masalah ini adalah seseorang itu berada dalam situasi stress.
Atasi masalah ini dengan mengawal tahap stres dan cukupkan tidur. Makan sedikit tapi kerap juga membantu mengatasi masalah ini.
3. Perut Kembung ( Bloated Tummy )
Bentuk perut seperti ini adalah jenis yang menggelembung. Kebiasannya pada pagi hari perut kempis tapi mengembang selepas makan. Walaupun perut mereka membesar tapi berat badan tidak berubah.
Sebab utamanya adalah angin. Ketika makanan yang dimakan menuju ke usus, bakteria yang memakan makanan tersebut menghasilkan gas.
Masalah ini dapat diatasi dengan hindari makanan yang sukar dicerna oleh tubuh termasuk hidangan pedas dan pemanis buatan.
4. Perut Tiroid ( Thyroid Tummy )
Perut tiroid adalah disebabkan kalenjar berbentuk kupu – kupu di leher yang menghasilkan hormon untuk mengawal kadar tubuh memproses kalori dalam makanan.
Kalenjar ini bukan hanya menyebabkan perut buncit tetapi dia juga membuatkan bahagian lain kelihatan membengkak.
Tanda-tanda tiroid yang anda harus awasi adalah mudah penat, metabolisma lambat, dan kaki sejuk.
Sila dapatkan nasihat doktor jika anda mempunyai tanda-tanda seperti yang dinyatakan.
5. Perut Pir ( Pear Tummy )
Perut seperti ini dimiliki oleh orang yang berpinggang ramping tetapi bahagian bawah perut lebih besar dengan lemak yang berlebihan di pinggul.
Mereka juga memiliki lemak yang sukar dihilangkan pada bahagian peha dan akan menyebabkan perut berbentuk seperti buah pir.
Perut Pir adalah disebabkan faktor estrogen atau pun genetik.
Untuk mencegah bahagian bawah tubuh lebih besar, hindari makanan tinggi lemak yang berkait dengan peningkatan estrogen.
Okay sekarang perhatikan perut masing-masing dan lihat perut anda kategori yang mana.
Sumber : Dailymail
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment