Wednesday, November 20, 2019

Ini Dia Tanda-Tanda Demam Berisiko Tinggi Pada Anak Yang Boleh Kena Sawan Yang Ibubapa Perlu Tahu.


Anak ni kalau demam, tak kira orang awam mahupun kami di lapangan medikal, confirm susah hati.

Sebagai  ibu bapa sudah semestinya menginginkan anak-anak dalam keadaan yang sihat. Tiada ibu bapa yang sanggup melihat anak mereka terus sakit tanpa ada sebarang rawatan.

Anak jika demam, banyak perkara yang perlu dirisaukan antaranya potensi mendapat sawan yang boleh merencatkan perkembangan otak anak jika tiada rawatan awal diambil.

Demam bermaksud satu keadaan dimana suhu badan melebihi 37°c samaada disebabkan oleh jangkitan kuman atau virus. Ia merupakan reaksi semulajadi badan. . Bahagian dari otak yang disebut hipotalamus berfungsi untuk mengawal suhu tubuh kita. Saat tubuh menghadapi penyakit atau virus tertentu, maka hipotalamus akan meningkatkan suhu tubuh untuk menambah kemampuan sistem pertahanan tubuh dalam memerangi infeksi.


~Suhu badan normal : 36°c - 37.4°c
~Demam ringan: 37.5°c - 38.4°c
~Demam biasa: 38.4°c – 39.9°c
~Demam tinggi: 40°c - 41.4°c

Apakah penyebab demam yang terjadi pada kanak-kanak ;

✅ Batuk dan selsema disebabkan jangkitan kuman atau virus.
✅ Jangkitan tekak atau telinga
✅ Jangkitan pada paru-paru
✅ Jangkitan pada salur kencing
✅Radang otak
✅Demam denggi
✅Demam campak

* *Kadang kala suhu badan kanak-kanak juga boleh meningkat walaupun tanpa sebarang penyakit contohnya selepas mendapat suntikan immunisasi/dipakaikan terlalu banyak pakaian dan balutan selimut terutama bagi bayi yang kecil.

** Suhu badan juga boleh meningkat apabila bayi mula ” tumbuh gigi ” tetapi selalunya tidak melebihi 37.8°C.

Kebiasaannya demam boleh ditangani tanpa ubat-ubatan, ibu dan bapa dinasihatkan membawa anak-anak berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan sekiranya:

○ Demam mencapai 38°C atau lebih bagi bayi berumur kurang daripada 3 bulan
○ Demam mencapai 39°C atau lebih bagi bayi berumur 3 bulan sehingga 6 bulan
○ Demam dan mempunyai tanda- tanda penyakit yang lain bagi bayi dan kanak – kanak berusia 6 bulan ke atas

* Demam yang disebabkan penyakit berbahaya jarang berlaku tetapi tanda- tandanya hendaklah diketahui agar keadaan anak dapat dipantau dan sekiranya terdapat tanda-tanda itu, anak tersebut dapat menerima rawatan awal tanpa berlengah. Antara tanda tanda yang mungkin menandakan jangkitan atau keadaan yang lebih serius termasuklah;


□ Perubahan dalam kelakuan seperti menangis tanpa henti atau dengan suara yang nyaring dan sukar untuk ‘dipujuk’, tidak memberi tindak balas yang biasanya diberikan apabila berinteraksi
□ Kurang aktif atau terlalu banyak tidur daripada kebiasaannya
□ Sawan
□ Kurang minum dan kurang kencing daripada kebiasaanya (minum adalah lebih penting daripada selera makan)
□ Muntah atau cirit birit yang berterusan
□ Demam yang sangat tinggi tetapi tangan dan kaki kesejukkan atau kebiru – biruan
□ Perubahan warna kulit atau kelihatan ‘berpetak-petak’ (mottling)
Terdapat ruam yang berwarna merah pekat / keungguan pada kulit badan
□ Bernafas dengan laju atau kesukaran untuk bernafas
□ Bengkak pada sendi-sendi
□ Demam yang berpanjangan
□ Demam dan tinggal di kawasan wabak denggi

🛇 Walaubagaimanapun, anak anak patut dibawa berjumpa doktor sekiranya ibubapa merasa risau tentang keadaan anak.

Tetapi, rawatan awal untuk demam boleh dilakukan oleh ibubapa antaranya;

✔ Lakukan mandi berjelum terutama di bahagian kepala, sela paha dan ketiak.

✔Pastikan anak anda mendapat jumlah air dalam badan yang mencukupi sama ada dalam bentuk susu bagi bayi atau air kosong, jus buah-buahan dan sebagainya bagi kanak – kanak yang lebih besar.

✔Kenakan pakaian yang tidak tebal agar anak anda berasa selesa.

✔Bagi demam yang disebabkan oleh jangkitan yang tidak serius, rawatan berbentuk ubat Paracetamol boleh diberikan.(Walaubagaimanapun penggunaan ubatan adalah atas nasihat doktor kerana ubatan perlu diberikan mengikut dos yang betul bersesuaian dengan berat badan kanak-kanak)


Reminder;
Ibubapa digalakkan menyimpan ‘thermometer‘ atau alat penyukat suhu badan yang boleh didapati di farmasi-farmasi berdaftar bagi tujuan menyukat suhu anak-anak selain menilai keberkesanan rawatan awal yang telah diberikan.

❗Jangan ambil suhu bayi sejurus selepas dimandikan/dijelum dan juga jika dibedung / diselimutkan untuk jangka masa yang agak panjang kerana bayi anda sudahpun dalam keadaan hangat, ini boleh menjejaskan bacaan. Tunggulah sekurang-kurang 15 minit sebelum mengambil bacaan suhunya.

❗❗Tidak semua jangkitan yang menyebabkan demam perlu dirawat dengan antibiotik.

❗❗❗Jangan gunakan Air Sejuk/Ais - Air sejuk/ais akan menyebabkan badan menggigil, dan badan akan memberitahu otak, bahawa badan kesejukan. Otak akan bertindakbalas dengan meninggikan suhu lagi, dan demam akan menjadi lebih tinggi.

Sumber : Bel Nawhen

#primercherangkb
#primercherangclinicjb
#megaboutiqueclinic

Tahi Telinga Keras, Tolong Ambil Tahu Puncanya.


Sebelum ketahui cara betul nak bersihkan tahukah anda tahi telinga yang keras boleh jadi gangguan pendengaran,menyebabkan iritasi dan membuatkan anda rasa tak selesa macam ada benda yang sangkut di telinga?

Untuk anda mengelakkan derita akibat tahi telinga keras, sangat penting untuk anda ikut saranan doktor.

Tanda-tanda anak anda sedang mengalami 'impacted ear eax' iaitu tahi telinga keras?

1. Kurang pendengaran disebabkan bunyi berdesing,bunyi luar biasa,tidak normal dan sebagainya.

2. Merasa telinga tertutup atau 'block'

3. Mengalami sakit telinga secara tiba-tiba dan tiada tanda jangkitan seperti demam.

Apa sebenarnya yang menyebabkan tahi telinga boleh mengeras?



1. Salur telinga yang kecil.Ini akan mengakibatkan tahi telinga lebih mudah terperangkap dalam salur telinga.

2.Bad cleaning habit,kerap sangat cuba bersihkan sendiri di rumah. Tahukah anda tindakan anda yang menggunakan cotton bud atau alatan lain hanya akan menyebabkan tahi telinga lebih masuk ke dalam!

3.Penghasilan ear wax yang terlalu banyak.Ini adalah berbeza mengikut individu.Sesetengah orang memang akan menghasilkan lebih ear wax berbanding orang lain.

4.Kerap berkumpul air di telinga bersama kerap jangkitan atau kecederaan di salur telinga boleh menyebabkan masalah pada salur telinga.

Perlu ke saya bawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan?

1.Ya,anda perlu bawa anak anda bertemu doktor jika anak-anak anda mengalaminya.

2.Pemeriksaan mata kasar anda atau sekadar menggunakan lampu tidak akan mampu mengesahkan masalah ini. Ia perlu pemeriksaan doktor.

Sumber:Mingguan Wanita dan Internet

#primercherangkb
#primercherangclinicjb
#megaboutiqueclinic

Awas! Benarkah Cacing Juga Boleh Serang Orang Dewasa??


Adakah benar orang dewasa juga perlu makan ubat cacing seperti yang lazimnya diambil oleh kanak-kanak. Hakikatnya cacing boleh menjangkiti sesiapa sahaja, sama ada kanak-kanak mahupun orang dewasa melalui pemakanan dan sentuhan.

Pensyarah Kanan, Makmal Parasitologi, Jabatan Patologi & Mikrobiologi Veterinar, Fakulti Perubatan Veterinar,Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Mahiza Md Isa, berkata orang dewasa juga boleh mengambil ubat cacing sekiranya perlu.


"Jangan ambil mudah dengan masalah cacing kerana kebanyakan kita mungkin beranggapan ia hanya berada di dalam usus saja."

"Sebenarnya kesan jangkitan cacing boleh merebak ke pelbagai bahagian badan termasuk mata, hati, paru-paru dan salur darah."

Info:

Pelbagai tanda kecacingan.

* Bergantung kepada jenis cacing:

1. Cacing kait Ancylostoma,

- Sakit perut, hilang selera.

Jangkitan cacing kait yang teruk

:- Kekurangan protein

- kulit kering, perut buncit

- Anemia kekurangan zat besi, lemah mental dan kegagalan jantung.


2. Cacing jarum/Enterobius vermicularis: - Cacing ini paling biasa menjangkiti kanak-kanak.

- Bertelur berdekatan dubur, pada waktu malam.

- Menyebabkan kegatalan pada anus dan vagina.

3. Cacing cambuk /Trichuris:- Larva cacing matang dalam usus manusia.

- Boleh dijangkiti daripada ingesi makanan tercemar dengan najis manusia atau air kumbahan digunakan untuk tanaman baja mungkin tercemar dengan telur cacing.

- Ia membiak dan larva akan bergerak ke luar usus, ke otot dan lain-lain tisu.


4. Cacing Trichinella

- Boleh dijangkiti daripada pemakanan daging kurang masak.

- Yang melalui salur darah dan masuk ke tisu dan otot lain

- Bengkak muka, sakit otot, pening, sensitif pada cahaya dan konjunktivitis.

Sumber : BH Online.

#primercherangkb
#primercherangclinicjb
#megaboutiqueclinic

Tuesday, November 19, 2019

5 Jenis Perut Buncit Yang Selalu Dialami Perempuan, Perempuan Patut Ketahuinya.



Kalau dengar perkataan ‘buncit’ je mesti terbayangkan orang gemuk atau berbadan besar. Tapi anda pernah terfikir tak kenapa individu kurus pun ada juga yang buncit ?


Ramai yang tidak tahu bahawa buncit ada kategorinya yang tersendiri dan berat yang berbeza.

5 jenis buncit ini selalu dialami oleh wanita. Cuba tengok yang mana satu yang kena dengan anda,  mungkin anda sedang mengalaminya.

1.  Perut Ibu (Mummy Tummy)


Selepas tiga bulan bersalin, perut anda akan masih kelihatan seperti anda hamil. Bahagian perut akan kendur, menggelebe dan juga tiada bentuk. Hal ini disebkan otot-otot terbahagi yang menyebabakan rahim dan perut anda melebar ikut perkembangan bayi.

Perkara ini dapat diatasi secara semulajadi dan memakan masa lima hingga tujuh bulan sebelum peut anda kembali seperti biasa.

2. Perut Stress ( Stress Tummy )

Stress juga menyebabkan perut buncit. Ramai yang terlepas pandang akan perkara ini. Buncit jenis ini hanya menunjukkan perut menonjol dari bahagian bawah payudara tapi tidak sampai ke bawah perut.

Menurut Dr Marilyn Glnevile penulis Fat Around the Middle, penyebab masalah ini adalah seseorang itu berada dalam situasi stress.

Atasi masalah ini dengan mengawal tahap stres dan cukupkan tidur. Makan sedikit tapi kerap juga membantu mengatasi masalah ini.

3. Perut Kembung ( Bloated Tummy )


Bentuk perut seperti ini adalah jenis yang menggelembung. Kebiasannya pada pagi hari perut kempis tapi mengembang selepas makan. Walaupun perut mereka membesar tapi berat badan tidak berubah.

Sebab utamanya adalah angin. Ketika makanan yang dimakan menuju ke usus, bakteria yang memakan makanan tersebut menghasilkan gas.

Masalah ini dapat diatasi dengan hindari makanan yang sukar dicerna oleh tubuh termasuk hidangan pedas dan pemanis buatan.

4. Perut Tiroid ( Thyroid Tummy )

Perut tiroid adalah disebabkan kalenjar berbentuk kupu – kupu di leher yang menghasilkan hormon untuk mengawal kadar tubuh memproses kalori dalam makanan.

Kalenjar ini bukan hanya menyebabkan perut buncit tetapi dia juga membuatkan bahagian lain kelihatan membengkak.

Tanda-tanda tiroid yang anda harus awasi adalah mudah penat, metabolisma lambat, dan kaki sejuk.

Sila dapatkan nasihat doktor jika anda mempunyai tanda-tanda seperti yang dinyatakan.

5. Perut Pir ( Pear Tummy )


Perut seperti ini dimiliki oleh orang yang berpinggang ramping tetapi bahagian bawah perut lebih besar dengan lemak yang berlebihan di pinggul.

Mereka juga memiliki lemak yang sukar dihilangkan pada bahagian peha dan akan menyebabkan perut berbentuk seperti buah pir.

Perut Pir adalah disebabkan faktor estrogen atau pun genetik.

Untuk mencegah bahagian bawah tubuh lebih besar, hindari makanan tinggi lemak yang berkait dengan peningkatan estrogen.

Okay sekarang perhatikan perut masing-masing dan lihat perut anda kategori yang mana.

Sumber : Dailymail

Sunday, November 17, 2019

Bayi Demam Dalam Proses Pertumbuhan Gigi, Ibubapa Risau Dan Ini Cara Untuk Mengelaknya Dari Jadi Lebih Teruk.


Pertumbuhan gigi bayi seringkali dikatakan bukanlah penyebab utama demam yang terjadi pada mereka.Apabila bayi anda mengalami demam atau biasanya suhu tubuh badannya tidak terlalu tinggi dan perkara ini pasti terjadi pada saat proses pertumbuhan gigi bermula.

Jika bayi sedang menghadapi demam selesema, masalah sakit perut atau alergi, ibu bapa haruslah membawa bayi mereka untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian terlebih dahulu.

Tetapi apabila bayi sedang mengalami demam semasa dalam proses pertumbuhan gigi mereka, ia berkemungkinan besar terjadi hanya secara kebetulan sahaja atau di atas sebab lain yang menimbulkan demam tersebut. 


Rawat gigi bayi.

Rawatan gigi kanak-kanak haruslah bermula mulai sekarang ketika di antara proses pertumbuhan sedang berlaku supaya mereka tidak mengalami sebarang demam atau penyakit serius.

Cara pemberian makanan dan susu

Ibu bapa juga jangan dibiasakan memberi makanan yang manis pada bayi kerana gula yang tertinggal atau melekat pada gigi bayi dapat meningkatkan risiko penyakit gigi. Hal yang sama juga boleh terjadi akibat kebiasaan membiarkan botol susu tetap berada di mulut bayi sewaktu ia tertidur.


Rawatan doktor jika masalah berpanjangan.

Berikut adalah keadaan-keadaan yang membuat anak anda perlu dibawa untuk rawatan oleh doktor, baik yang berhubungan dengan tumbuhnya gigi pertama mahupun gigi anak secara umum.


Jika bayi demam lebih dari 38.5 darjah dan ianya berterusan lebih dari 1 hari, anda perlulah membawa bayi anda dengan segera ke hospital untuk mendapatkan nasihat doktor. Gigi pertama belum tumbuh pada umur 12 bulan ini adalah salah satu tanda yang kurang baik buat ibu bapa kerana pertumbuhan gigi bayi kurang normal atau tidak sama seperti kebanyakan bayi.

Tuesday, November 12, 2019

Kerap Menonton Kartun Di Handphone Budak 3 Tahun Disahkan Rabun.

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun di China mengalami masalah pengelihatan selepas tinggal bersama datuk dan neneknya. Ini kerana mangsa kerap diberi bermain dengan telefon pintar dan menonton kartun setiap hari.

Tong Tong, hanya akan duduk diam jika diberi menonton kartun di smartphone oleh penjaganya .

Namun, apabila dia dibawa ke hospital untuk melakukan pemeriksaan sebelum masuk ke tadika, ahli keluarganya terkejut bila dimaklumkan tahap pengelihatannya terjejas, iaitu rabun jauh (200 degree) dan terpaksa memakai cermin mata.

Doktor pakar oftalmologi memberitahu ibu bapa Tong Tong yang mereka sepatutnya memantau aktiviti anak mereka ketika masih kecil atau anak mengalami masalah pengelihatan (rabun) bila usia meningkat dewasa.

Buat masa ini, Tong Tong terpaksa menggunakan cermin mata untuk memperbetulkan semula pengelihatannya. Tetapi jika mereka terus membenarkan Tong Tong menggunakan smartphone dengan kerap, dia berisiko mengalami masalah mata yang serius termasuk buta pengelihatan.

Sumber: Setn, World of Buzz

Sunday, November 10, 2019

Darah Tinggi Tak Terkawal, Punca Saluran Darah Di Otak Tersumbat – KKM


Apa itu darah tinggi? Tekanan yang dikenakan terhadap pembunuh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung. Darah tinggi atau dikenali hipertensi merujuk kepada tahap tekanan darah yang meningkat lebih tinggi daripada tahap biasa secara kronik.

Individu yang mengalami tekanan darah melebihi bacaan 140 perlu segera mendapatkan rawatan dan rujukan pakar. Bacaan yang tinggi seperti itu boleh mendedahkan mereka kepada komplikasi kesihatan yang serius seperti saluran darah di otak tersumbat atau pecah serta strok atau angin ahmar secara mengejut.

Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan. Jika tekanan darah dalam bacaan yang tinggi, pemeriksaan doktor harus dibuat dengan segera bagi mengelakan perkara tersebut bertambah buruk.

Serangan mengejut dan lambat mendapatkan rawatan menyebabkan berlaku lumpuh anggota badan secara kekal. Perkara ini berlaku disebbakan berlaku penyempitan salur darah ke bahagian otak atau disebabkan salur darah pecah. Kesannya, sebahagian daripada tisu oatak mengalami kerosakan disebabkan kekurangan bekalan oksigen.

Ramai yang tidak sedar risiko untuk menghidap penyakit bahaya ini tidak mengenal usia. Jika mereka masih mengamalkan gaya hidup tidak sihat dengan pengambilan pemakanan tidak seimbang, tinggi koleri dan berlemak selain enggan bersenam, mereka berisiko untuk berhadapan dengan masalah tersebut.

Pengambilan garam berlebihan meningkatkan risiko tekanan darah tinggi, secara purata rakyat Malaysia mengambil 7.715 garam sehari. Ini jauh lebih tinggi dari saranan WHO (5 gram sehari).

Oleh itu, pengambilan garam perlu dihadkan iaitu tidak melebihi 1 sudu teh (5 gram) sehari termasuk garam tersembunyi seperti kicap, ikan masin, belacan, taucu, stok kiub, cencaluk, mayonis, sos tomato atau tiram, jeruk buah, telur masin atau makanan dalam tin.




Adakah kita memerlukan garam?

Namun begitu, penggunaan  garam penting dalam badan kita kerana ia mempu memberi keseimbangan cecair badan selain memberi fungsi otot dan saraf yang sempurna serta mengekalkan tekanan darah pada tahap normal.

Oleh itu, rakyat Malaysia perlu peka dengan pengambilan makanan yang diambil setiap hari bagi mengelakkan gejala dan serangan ini berlaku. Ini kerana serangan strok atau angin ahmar merupakan punca utama kematian di Malaysia.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia